Asuh

Boleh Ke Masukkan Garam Atau Perasa Dalam Makanan Bayi Yang Tawar? Ini Jawapannya

48
SHARES

“Hmm.. Tawar sangatlah bubur yang kamu buat ni. Patutlah ‘baby’ tak suka. Tak nak campur garam atau perasa sedikit ke?”

Mesti ada dalam kalangan ibu yang menyediakan makanan buat bayi tertanya-tanya bahawa boleh atau tidak makanan bayi diletakkan perasa seperi garam? Maklumlah, bila tengok anak asyik meludah keluar balik makanan, mesti kita terfikir mungkin anak tidak sukakan rasa tawar tersebut.

Oleh itu, jom kita baca perkongsian dari pakar mengenai sama ada perlu atau tidak makanan bayi diletakkan perasa dan apakah kesan kepada bayi.

BOLEH KE LETAK GARAM/ PERASA DALAM MAKANAN BAYI?

Mungkin ramai dalam kalangan mak ayah yang masak makanan buat bayi, risaukan jika anak-anak hanya rasa tawar sahaja makanan yang diberi. Tetapi sebenarnya, mak ayah perlu tahu bahawa ada sesetengah makanan yang mempunyai rasa yang sedap boleh memudaratkan kesihatan mereka!

KENAPA TAK PAYAH TAMBAH GARAM DALAM MAKANAN?

Malah kajian pakar menunjukkan bahawa secara puratanya bayi perlu diperkenalkan dengan sesuatu makanan sebanyak 15 kali sebelum dapat menerimanya.

Pernahkah anda merasa makanan bayi organik yang dijual di pasaran? Ya, mungkin rasanya tidak sesedap makanan dewasa mahupun sesetengah makanan bayi komersial.

Bila sudah asyik suap makanan yang sedap sahaja, nanti mulalah anak-anak jadi ‘picky eater’ dimana mereka cerewet dalam pemilihan makanan. Bukan itu sahaja, menurut pakar makanan bayi yang mempunyai rasa ini akan menjejaskan buah pinggang mereka dalam jangka masa yang lama.

PENGGANTI GULA DAN GARAM PADA MAKANAN BAYI

Tiada salahnya anda mahu memperkenalkan anak-anak dengan pelbagai makanan.

Alternatif yang sihat untuk melakukannya ialah dengan memberikan sayuran dan buah-buahan segar. Dengan melenyek atau memberi buah-buahan atau sayuran lembut sebagai ‘finger food’, anak-anak dapat merasai pelbagai tekstur, rasa, dan bau yang ‘sebenar’.

Oh ya, madu juga boleh dicampurkan sedikit pada makanan bayi. Tetapi, harus diingat bahawa madu hanya boleh diberikan apabila anak mencecah umur 1 tahun.

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×