Dapur

Step-by-Step: Resepi Kek Buah Kukus Moist Sangat!

3.9K
SHARES

Dah tengok banyak resepi kek buah tapi tak konfiden nak buat?

Jom tengok resepi kek buah oleh MieZa Samian siap dengan tutorial step-by-step lagi.

Semuanya masak atas kuali dulu sebelum pindahkan dalam bekas untuk kukus.

Nampak mudah dan rasanya boleh sangat untuk kita cuba ikut sampai jadi sebab setiap langkah diterangkan dengan jelas.

Jadi jangan buang masa lagi. Jom kita tengok resepi kek buah yang paling simple dengan bahan-bahan serta cara-caranya yang terperinci di bawah ini.

Resepi Kek Buah Kukus Moist Sangat

Ini bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi kek buah moist.

Bahan-bahan

  • 350g mix fruits
  • 250g butter/merjerin
  • 60g air panas
  • 300g gula
  • 350g tepung gandum **
  • 1sudu kecil cream of tartar **
  • 1sudu kecil baking powder **
  • 2sudu kecil soda bicarbonat **
  • 3biji telur gred A
  • 1sudu kcik esen vanila
  • 1sudu mkn oren sunquick

Cara-cara

1. Masak Gula Sampai Perang

Mula-mula masak gula sampai jadi perang (untuk buat gula hangus).

Tapi hati-hati jangan sampai hangit nanti pahit pulak rasa dia.

2. Masukkan Butter / Marjerin

Kemudian masukkan butter / marjerin.

Kacau.

Lepastu masukkan air panas.

Kacau.

Resepi kek buah kukus

Di atas ni gambar lepas masukkan butter dan air panas.

3. Masukkan Esen Vanila & Oren Sunquick

Masukkan esen vanila dan oren sunquick.

Kacau lagi sampai sebati.

4. Masukkan Mix Fruits

Masukkan mix fruits.

Resepi kek buah kukus

Mase ni kacau dalam 2 minit je.

Kecilkan api ye mase ni sebab kita tak nak buah ni terlebih masak / overcooked.

Resepi kek buah kukus

5. Masukkan Tepung

Ayak awal-awal tepung, soda bicarbonate, baking powder dan cream of tartar (semua bahan yang bertanda ** di atas).

Lepas tu masukkan bahan ni dalam adunan dekat kuali tadi.

Masa ni dah boleh tutup api ya.

Tak payah tunggu sejuk boleh terus bubuh tepung dan semua bahan ayak tu.

Kacau sebati.

Biarkan kejap.

6. Masukkan Telur

Pukul telur dalam bekas berasingan sampai kembang gebu macam dalam gambar di bawah ni.

*Kalau tak ada mixer boleh juga guna blender asalkan putar sampai gebu.

Lepas tu curah ke dalam adunan dekat kuali tadi.

Kacau sebati.

Resepi kek buah kukus

Macam ni rupanya bila dah gaulkan semua bahan tadi.

Ingat, lepas bubuh tepung tadi dah tutup api ya.

Ok dah siap untuk dikukus.

7. Kukus

Sekarang dah boleh masukkan dalam bekas untuk dikukus.

Resepi kek buah kukus

Sapu marjerin dulu dekat bekas ye sebelum tuang adunan.

Saya buat untuk setiap bekas 1 kg.

Begini rupanya yang dah sedia untuk dikukus.

Seeloknya kukus lagi lama lagi bagus dalam 4-5 jam.

Tapi saya kukus 3 jam je.

Masa mengukus tu penting PASTIKAN AIR KUKUSAN TAK JATUH ATAS KEK MASA TENGAH KUKUS.

Caranya balutkan bekas dengan plastik pelbalut atau lapik penutup dengan kain.

Siap!

Ok dah siap, jom tengok hasilnya.

Berat selepas dikukus.

Nota kaki :

  • 2x ganda adunan atas tu boleh dapat 3biji kek seberat 1kg setiap biji. Timbang siap-siap lepas dah curah adunan dalam bekas tu. Jangan curang dalam timbangan ye kalau nak berniaga.
  • Harga saya jual rm50 sebiji. Terpulanglah nak jual berapa. Bergantung pada harga bahan mentah dekat tempat masing-masing.
  • Mix fruits jangan overcooked sebab nanti buah tak merata dalam kek.
  • Kek buah yang sempurna, buahnya tak duduk atas kek dan tak mendap di dasar kek. Sebaliknya buah ni merata dalam kek. Kek buah wajib moist.

Selamat Mencuba!

Kalau tak moist sila cuba buat lagi ye. Gagal sekali tak bermakna tak handal, tapi nasib tak menyebelahi masa tu.

Jadi fahamkan betul-betul step-by-step.

Mesti jadi kek buah tu nanti.

Selamat mencuba!

Baca juga :

Resepi Burnt Cheesecake Tanpa Guna Mixer. 5 Minit Siap!

Resepi Cheesy Wedges Homemade Ala KFC. Jimat & Puas Makan Ramai-ramai

*Resepi kek buah kukus ini dikomgsikan oleh MieZa Samian menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan, sila rujuk resepi asal di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×