Famili

Cara Buat Tart Telur Macam Di Kedai Pastri Hanya Guna Kuali, Masak Atas Dapur Dah Siap!

37
SHARES

Setiap kali berkunjung ke kedai bakeri dan membeli kek, pasti anda tidak melepaskan peluang untuk membeli tart telur juga bukan? Mempunyai rasa lemak manis dengan kulit yang rangup, tart telur pastinya tidak cukup dimakan hanya satu sahaja!

Jadi, apa kata anda buat sendiri tart telur di rumah hanya dengan menggunakan kuali sahaja. Tak perlu guna ketuhar mahal-mahal, guna kuali pun dah boleh dapat tart telur macam yang dijual di kedai bakeri. Jom cuba!

RESEPI TART TELUR GUNA KUALI

Tart telur yang pernah viral dulu, guna pan jer..buat kuih sendiri jela tak berani nak keluar. Semoga kita semua  dilindungi.

Resepi:

Untuk kulit tart

2 cawan tepung gandum

Setengah cawan majerin (saya guna butter)

1 biji telur

Secubit garam

*gaul semua bahan sampai jadi doh,kemudian tekan dalam pan

Untuk inti:

1 1/2 cawan susu cair

3 biji telur

1 sudu besar tepung kastad

1 sudu besar tepung jagung

Gula 4@5 sudu (saya ikut manis yang kita nak)

Sedikit esen vanilla

*Pukul semua bahan & tuang atas doh..masak api kecil & tutup dengan penutup lebih kurang 30-40min.

*Boleh dapat dalam 9 keping macam dalam gambar tu..kalau beli kat bakeri RM 2, RM3 jugak kan 1 biji.

Sumber: CT Zuraihan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×