Dapur

Resepi Burnt Cheesecake Viral Tak Payah Guna Mixer, 5 Minit Siap!

20.9K
SHARES

Memang ramai dalam kalangan kita yang menggemari kek keju atau cheesecake. Antara variasi cheesecake yang menjadi kegilaan ramai buat masa sekarang adalah burnt cheesecake. Mempunyai rasa yang unik adalah penyebab kenapa kek cheese ini menjadi bualan ramai. Namun, ada juga dalam kalangan kita yang telah mencuba beberapa kali untuk buat burnt cheesecake ini tetapi tak menjadi!

Jadi, apa kata anda cuba buat burnt cheesecake ikut resepi mudah dalam masa 5 minit dah boleh siap tanpa menggunakan mixer. Memang senang!

BAHAN-BAHAN YANG ANDA PERLUKAN

1. Cream cheese 250g

2.Whipping cream 1/2 cawan

3. Gula 1/2 cawan

4.Tepung gandum 2sdb

5. Telur 3 biji

1. Blend semua bahan tadi hingga sebati

2. Tuang dalam loyang tapi sebab tak ada kkya pakai aluminium foil je itu pun besar sangat tak muat habis berkeriput  walau rupamu cacat tapi rasa tetap mabelesss. Bakar dalam air fryer suhu 180/25minit. And then sejukkan semalaman dalam peti ais tau.

3. Inilah kejadiannya . Gebasss gitchuu. Korang boleh hias letak buah kegemaran stoberi blueberry ke…

Sumber : Seera Maheran

Most Popular

To Top