Dapur

Resepi Cheesecake ‘Baby Friendly’ Guna 3 Bahan Je

67
SHARES

Cheesecake atau kek keju sememangnya menjadi kegemaran ramai tidak mengira usia. Enak sekali dimakan ketika masih sejuk, cara pembuatan cheesecake ini juga tidaklah terlalu rumit. Namun, anda hanya perlu menggunakan teknik yang betul sahaja bagi mendapatkan tesktur kek yang gebu.

Namun, ramai juga dalam kalangan ibu yang tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak bayi makan kek berasaskan cheese ini. Jadi, jom cuba resepi cheesecake guna 3 bahan sahaja yang sesuai dimakan oleh bayi juga.

Baca juga: Bosan Kentang Goreng Kosong, Boleh Try Buat Fries Ala McShaker. Padu!

CHEESECAKE BABY FRIENDLY GUNA 3 BAHAN

Sesuai kalau nak tambah berat baby, dan nak naik kan selera baby. Resepi ni pun saya jumpa dekat group sebelah. Boleh lah cuba untuk baby, tekstur kek ni bukan macam kek, dia lembut smooth sesuai untuk baby.

Bahan Bahan Chesee Cake baby :

-Cheese Tatura – setengah dari 250g

-Tepung Gandum – 1 sudu sahaja

-Telur – 1 biji

Cara-Cara :

1) Blend semua bahan-bahan di atas.

2) Bubuh dalam bekas separuh dari bekas nak kukus.

3) Kukus sehingga kek tak melekat di lidi, dalam 10 minit boleh check.

Nak tambah topping pun boleh, buat puree buah, buah mangga, buah labu, terpulang. Ni nak buat topping, untuk baby 7 bulan takyah bagi topping ni, ni uyu buat untuk anak-anak yu yang lain.

-Cheese separuh balance tadi.

-1/4 cawan susu pekat.

-1/2 cawan susu fresh.

Sumber: Aimi Uyu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×