40 Minggu

Tak Boleh Ke Pakai Inai Ketika Mengandung? Doktor Kongsi Info Ramai Terlepas Pandang!

13
SHARES
pakai inai ketika mengandung

Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan orang Asia khususnya orang Melayu, memakai inai ketika majlis perkahwinan adalah untuk menyerikan lagi si pengantin serta keluarga pengantin. Namun, pada zaman sekarang pemakaian inai bukan sahaja ketika ada majlis tertentu sahaja malah sudah dijadikan trend. Tidak ketinggalan ada juga yang bertanyakan bahawa boleh atau tidak pakai inai ketika mengandung?

Difikirkan macam tiada masalah apa bukan? Rupa-rupanya, perbuatan ini boleh mengundang masalah!

Baca juga: Bayi Tidur Meniarap Selepas Menyusu, Doktor Sebak ‘Sekolahkan’ Pengasuh

TAK BOLEH KE PAKAI INAI KETIKA MENGANDUNG? KENAPA?

pakai inai ketika mengandung

Namun, bagi ibu hamil sebenarnya pemakaian inai adalah tidak digalakkan atas sebab-sebab tertentu. Tidak memberi kesan buruk kepada kandungan namun, akan memberi sedikit kesukaran ketika anda melakukan pemeriksaan kesihatan kelak.

Bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut, seorang doktor dikenali sebagai Dr. Irma Izzati berkongsikan mengenai pemakaian inai pada wanita mengandung dan sebab tak digalakkan atas faktor tertentu. Salah satunya adalah, boleh menganggu petugas kesihatan untuk melakukan tugas.

@drirmaizzati

Replying to @jimingyuhanihae mengandung tak boleh pakai inai? Inai dari @inainunha_hq #tiktokdoc #doktortiktok #learnontiktok #tiktokguru

♬ original sound – dr irma – dr irma

DOKTOR AKAN LAKUKAN PEMERIKSAAN PADA AWAL KEHAMILAN

pakai inai ketika mengandung

Mengganggu tugas dalam situasi yang biasa dialami ibu mengandung adalah kekurangan oksigen (Peripheral Cynosis) yang akan menjadikan hujung jari dan kuku berubah menjadi kebiruan.

Amat tidak digalakkan untuk para ibu hamil memakai inai di jari adalah kerana pada fasa awal kehamilan, doktor akan melalukan pemeriksaan status dehidrasi. Dalam proses tersebut, doktor perlu menekan kuku ibu hamil bagi melihat perubahan warna yang berlaku. Kalau pakai inai, memang agak sukar untuk mengenalpasti rawatan yang perlu diberi.

Kalau boleh, pemakaian inai ini adalah selepas melahirkan anak supaya lebih mudah segala urusan pemeriksaan kesihatan nanti!

pakai inai ketika mengandung

Sumber: Tiktok @drirmaizzati

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×