40 Minggu

Bayi Tidur Meniarap Meninggal Selepas Menyusu, Doktor Sebak ‘Sekolahkan’ Pengasuh

33
SHARES
bayi meniarap

Dikurniakan cahaya mata adalam impian bagi pasangan yang sudah berkahwin. Namun, tidak semua dalam kalangan kita yang dapat dikurniakan rezeki ini awal, ada juga yang lambat. Oleh itu,apabila sudah diberikan cahaya mata sudah pasti kita akan menjaganya seperti menatang minyak yang penuh.

Tetapi, sejak kebelakangan ini seringkali kita mendengar berita dikaitkan dengan tindakan pengasuh yang secara alpa menjaga bayi khususnya, dan mengundang maut. Ini menjadikan ramai dalam kalangan ibu bapa yang risau apabila menghantar anak ke pusat asuhan namun tiada pilihan kerana tuntutan kerja.

Baca juga: Permohonan MyKid 2022 Dibuka Semula, Bawa Dokumen & Walk-In Sahaja!

BAYI TIDUR MENIARAP MENINGGAL SELEPAS MENYUSU, DOKTOR ‘SEKOLAHKAN’ PENGASUH

Seperti perkongsian kisah penuh menyayat hati dari seorang doktor mengenai pemergian seorang bayi. Menerusi video Tiktok Dr Irma Izzati, kisahnya bermula apabila seorang kenalannya yang baru melahirkan dan ketika itu berusia 3 bulan. Selepas seminggu masuk bekerja, dia mengambil keputusan untuk menghantar anak ke pusat asuhan. Namun, tanpa diduga selepas hari ketiga, wanita tersebut terkejut diberitahu bahawa zuriatnya sudah dijemput Illahi.

Hal ini kerana, difahamkan insiden tersebut berlaku kerana si pengasuh telah meniarapkan si kecil tersebut selepas memberikan susu. Menurut pakar tersebut, kaedah meniarapkan bayi selepas menyusu adalah sangat berisiko kepada bayi. Malah, cara yang tepat adalah dengan mengamalkan posisi baring atau diletakkan ke dalam buaian selepas makan.

Bukan itu sahaja, Dr. Irma juga menitipkan pesanan kepada para penjaga kanak-kanak sama ada di pusat asuhan atau di rumah supaya peka dengan situasi ini. Perkongsian tersebut juga diharapkan dapat membuka mata para ibu bapa supaya turut berhati-hati.

@drirmaizzati

kisah untuk dijadikan pengajaran #tiktokdoc #learnontiktok#tiktokdoctor #tiktokguru

♬ original sound – Dr. Irma Izzati Abd Malek – Dr. Irma Izzati Abd Malek

‘KENAPA TAK BOLEH TIDUR MENIARAP?’

Menjengah ke ruangan komen juga, ramai dalam kalangan ibu bapa yang bertanyakan soalan kepada doktor. Ada yang masih tertanya-tanya kenapa bayi tidak boleh ditidurkan secara meniarap dan risau kerana anak-anak mereka sendiri suka tidur secara posisi meniarap.

Sumber: Tiktok @Dr.Irma Izzati

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×