Dapur

Resipi Dadih Laici & Sumi Untuk Jamuan Kelas Anak, ‘Gerenti’ Satu Kelas Berebut!

162
SHARES
jamuan kelas anak

Antara satu cabaran ibu setiap tahun adalah memikirkan hidangan apa nak disediakan ketika jamuan kelas anak. Nak masak beria, risau budak tak suka tapi nak hidang makanan simple pun, takut juga mereka tak layan. Sebenarnya, paling senang adalah sediakan ‘dessert’ kerana budak suka benda manis!

Tahun ini, ibu-ibu jangan risau.  Cuba sediakan ‘dessert’ kerana tak ada budak yang tolak benda manis. Jadi semestinya apa yang anda sediakan, mereka akan menikmati hidangan itu. Kalau asyik sediakan makanan berat seperti bihun goreng, dan spaghetti setiap tahun, pasti lama-kelamaan budak akan jemu. Jadi, jom ikuti perkongsian penulis mengenai resipi dadih laici dan sumi untuk jamuan kelas anak anda!

Baca juga: 12 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

RESIPI DADIH LAICI DAN SUMI UNTUK JAMUAN KELAS ANAK

jamuan kelas anak

Bahan-bahan:

  • 1 pek serbuk dadih segera perisa laici (boleh dapat 50 bekas kecil)
  • 1 tin susu cair
  • 100 gm gula
  • Sumi (boleh juga ganti dengan agar-agar/jelly)

Cara penyediaan:

1. Potong dadu sumi dan letakkannya dalam bekas kecil.

2. Untuk menyediakan dadih, masukkan air dalam periuk dan tunggu sehingga ia mendidih.

3. Kemudian, masukkan satu tin susu cair dan juga gula.

4. Apabila dadih dah suam atau sejuk, tuangkannya ke dalam bekas kecil berisi sumi tadi. Jika anda tuang ketika ia panas, sumi akan cair dan menghilang.

5. Dadih laici dan sumi akhirnya sedia untuk dihidangkan!

jamuan kelas anak

Selamat Mencuba!

Sumber: Facebook Nurul Huda Hashim via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×