DIY & Kraf

12 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Parti Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

13.6K
SHARES

[Dikemaskini 28 Oktober 2019]

“Budak-budak ni asal sambut harijadi dekat sekolah, masing-masing bawa balik seplastik jajan. Manalah tak rosak gigi. Tak lama lagi hari jadi abang Harraz pulak. Kalau boleh aku nak buat goodies versi sihatlah. Ada idea tak?”

Mesti ramai ibu-ibu dah lalui dilema begini bila cuba galakkan anak-anak eat healthy kan? Walaupun kita dah kawal anak-anak daripada makan makanan rapu pada hari-hari biasa, kadang-kadang susah nak elak bila makanan sebegini disediakan di parti hari jadi anak-anak.

Gula-gula, coklat, dan snek selalunya didatangkan dengan packaging yang sangat menarik dan berwarna-warni. Sebab itulah ia selalu menjadi hiasan dan juga ‘pelengkap’ yang menceriakan pelbagai majlis.

Sebenarnya makanan sihat juga boleh diolah menjadi lebih menarik. Jom kita tengok beberapa idea snek dan goodies yang boleh ibu ayah sediakan sendiri bagi harijadi anak-anak nanti.

12 Idea Snek & ‘Goodies’ Bebas Jajan Untuk Kanak-kanak. Comel & Kreatif!

1. Telur Rebus

Telur ni mungkin kita hanya selalu dapat masa kenduri kahwin zaman mak-mak kita dulu. Tapi tak bermakna ia dah ketinggalan zaman!

Kita semua sedia maklum khasiat telur rebus yang amat baik untuk anak-anak. Ia kaya dengan protein berkualiti tinggi, Vitamin D, potassium, potassium, zat besi, folik dan macam-macam lagi yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh.

Foto Kredit: rojakdaily.com

Untuk nampak comel, anda boleh gubahkan telur rebus dengan pen marker untuk melukis muka comel dan gunakan kertas berwarna-warni untuk menceriakan lagi warnanya. Mudah kan?

makanan hari jadi

Foto Kredit: Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Foto Kredit: mom.me

2. Pisang

Antara banyak-banyak buah, buah pisang memang favourite anak-anak. Bukan saja rasanya sedap, tapi ia mengandungi pelbagai kebaikan semulajadi termasuklah Vitamin C, Vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, magnesium dan sebagainya.

Untuk menjadikan pisang lebih menarik untuk anak-anak, ibu ayah boleh hiaskan pisang seperti di bawah. Lukiskan mata dan mulutnya atau gunakan googly eyes. Lepas tu tambahkan saja topi, tentu lebih ceria!

Foto Kredit: Google

Bagi yang rajin, boleh pakaikan ‘baju’ pada pisang tu. Contohnya macam tema minion ni. Anda boleh dapatkan free printable untuk pakaiannya di blog Party Delights ini.

Foto Kredit: blogpartydelight.co.uk

3. Butterfly Snack Bag

Bagi biskut atau buah-buahan kecil seperti anggur, anda boleh isikan dalam butterfly snack bag yang comel dan mudah ini.

Cuma perlu penyepit baju, ziplock bag, googly eyes, pipe cleaner atau kertas warna sebagai sesungutnya. Lepas tu boleh isikan apa-apa saja snek sihat di dalamnya seperti kismis, kekacang, atau buah-buahan kering yang lain.

Foto Kredit: Pinterest

4. Sate Buah-buahan

Daripada candy dan coklat, macam-macam buah-buahan potong boleh dihidangkan kalau anda bercadang nak buat parti hari jadi anak di rumah.

Gunakan cookie cutter untuk mendapatkan bentuk-bentuk menarik atau potong seperti biasa. Warna semulajadi pada pelbagai jenis buah-buahan dah cukup menyerlah dan menyelerakan!

5. Epal Ninja Turtle

Bagi peminat siri kartun Teenage Mutant Ninja Turtle, bolehlah gunakan idea ini untuk menghias epal hijau sebagai goodies untuk dibawa pulang. Donatello, Raphael, Michaelangelo, dan Leonardo semua ada.

Memang mudah, sihat dan berkhasiat sangat!

Foto Kredit: Pinterest

6. Air Kotak / Air Mineral

Bagi minuman pula, macam-macam idea boleh anda olahkan pada air mineral, susu UHT, susu segar atau jus buah-buahan.

Lagi bagus kalau pilih jus buah yang tanpa gula atau kurang manis.

Foto Kredit: The Wagner Bulletin

Foto Kredit: festivals-collection.com

idea hari jadi anak

Foto Kredit: Pinterest

7. Kek

Tanpa kek rasa macam kurang berseri pula majlis kan? Tapi selalunya kek memang manis dan tinggi gula. Lebih-lebih lagi yang padat dengan coklat dan krim. Bagi yang bercadang nak buat kek versi sihat, boleh cuba beberapa idea seperti di bawah.

i) kek buah

‘Kek’ ini diperbuat daripada buah tembikai sebenar dan dihias pula lagi dengan beberapa buah-buahan lain. Wah, gerenti sihat ni!

ii) kek carrot tanpa gula

Resepi kek ini pernah kami kongsikan dulu dengan pembaca kami. Kek ini hanya menggunakan kurma, carrot dan madu sebagai pemanis semulajadi. Memang sedap dan sesuai untuk anak-anak!

Kalau nak tengok resepi penuh, klik SINI.

8. Pulut

Sebagai alternatif kepada kek, boleh juga buat pulut kuning yang dihias cantik. Gubahlah ikut suka hati bagi ceria.

Makan dengan kari sedap ni!

Siap boleh buat bentuk Ultraman lagi.*+

Rasanya dah makin ramai yang ambil tempahan pulut berhias begini. Kalau kreatif boleh buat sendiri. Cute!

Foto Kredit: insta.orenya.com

9. Aiskrim

Yang nak buat penyejuk tekak, boleh cuba buat aiskrim versi sihat menggunakan susu segar perasa kurma atau buah-buahan lain. Mesti anak-anak suka!

Resepi penuh di SINI.

Selain itu, boleh juga buat aiskrim jenis popsicle atau aiskrim Malaysia menggunakan buah-buahan segar. Sedapnya!

idea harijadi kanak kanak

Foto Kredit: Youtube Quick Recipes

10. Dadih Susu

Siapa tak suka dadih kan? Ingat lagi kalau dulu pergi pasar malam mesti nak beli dadih. Dadih susu homemade ni sebenarnya bukannya susah nak buat.

Kalau guna susu segar, lagi sihat. Kalau nak buat yang berwarna warni, boleh campurkan dengan buah-buahan kisar seperti mangga, buah naga atau strawberi. Memang sihat!

Boleh cuba resepinya di SINI.

11. Koktail / Jelly Buah-buahan

Guna teknik yang lebih kurang sama, boleh juga buat jelly buah-buahan macam ni. Nampak menarik kan?

Boleh tengok resepinya di SINI.

Atau, kalau nak buat koktail buah, gunalah susu segar sebagai kuahnya macam di bawah ni. Sedap juga tau!

Resepi penuh koktail buah-buahan segar di SINI.

resepi koktail buah

12. Nugget / Sosej / Gorengan Homemade

Kanak-kanak memang sukakan goreng-gorengan seperti sosej dan nugget. Beli terus dari pasar raya memang mudah, tapi sebenarnya ia mudah untuk dibuat dan anda pasti lebih puas hati dengan hasilnya. Taklah risau kalau anak makan banyak kan?

Paling best tu, kita boleh selitkan sekali sayur atau olah menggunakan nasi. Sesuailah sangatlah kalau anak jenis susah nak makan nasi dan sayur tu!

Beberapa resepi goreng-gorengan menarik di bawah:

i) Chicken nugget stick

ii) Nugget ayam & nasi simple

 

iii) Kerepek bayam rangup

resepi bayam celup tepung

 

iv) Ayam Gunting Homemade Ala Uncle Bob

Yang Penting, Bebas Jajan!

Wah, macam-macam boleh buat untuk hidangan hari jadi anak atau parti kelas nanti. Cuma kalau nak makanan sihat, kenalah rajin sikit mendeko supaya anak-anak mudah tertarik.

Walaupun ambil masa sedikit, kita tentu seronok bila tengok anak-anak makan makanan sihat yang dah disediakan. Majlis pun tetap ceria walaupun tanpa jajan.

Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×