Dapur

Rupa-Rupanya Ini Bahan ‘Rahsia’ Nak Masak Bihun Goreng Singapore Macam Mak-Mak Buat

206
SHARES

Setiap kali pulang ke kampung halaman atau berkunjung ke rumah mak mertua mesti akan disajikan dengan hidangan semangkuk bihun Singapore. Bukan sahaja kelihatan sangat menyelerakan malah rasanya sudah pasti membangkitkan selera sehingga bermangkuk-mangkuk kita tambah.

Tetapi bila pulang ke rumah dan masak bihun Singapore dengan sendiri, mesti tak sama macam apa yang dimakan ketika berada di rumah mak mak. Rupa-rupanya, ada bahan yang tertinggal dalam resepi bihun goreng anda tersebut. Kalau nak tahu apakah ia, jom kita tengok dan cuba resepi yang dikongsikan ini.

BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT BIHUN SINGAPORE ALA MAK-MAK

-3-4bj bawang merah

-5-6bj bawang putih

-1 sudu kecil lada hitam

-2 sudu makan udang kering

-2 inci halia

CARA-CARA MASAK

1. Blender lumat bahan yang tadi.

2.Kopek kulit udang

3.Rendam bihun bagi lembut(400gm)

4.Kucai dipotong dalm 4cm (rm1)

**jika ada lobak.. hiris halus memanjang Mcm kucai. taruk dlm bihun pon lagi sedap. Tuan resepi takda lobak waktu kejadian.

1.Dah siap blend

2.Tumis dengan minyak sehingga jadi keemasan/brown

3. Perasakan. Gula +garam+serbuk perasa

4.Masukkan udang

5.Masukkan bihun yang dah di toskan

6.Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah.

Makan dengan sambal kicap tau. Adoii menambah-nambah jadinya.

Sumber: Habeebah Md Daud

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×