Percutian

Jadi Tarikan Makhluk Halus?Rupanya Ini Sebab Tak Boleh Pakai Minyak Wangi Semasa Mendaki…

64
SHARES
tips mendaki

Aktiviti mendaki ini boleh dikatakan antara aktiviti riadah yang digemari oleh rakyat Malaysia sehingga wujudnya pelbagai kumpulan pendaki yang ditubuhkan.

Dah lama juga kita tidak dapat pergi melakukan aktiviti lasak dengan rakan-rakan pada hujung minggu disebabkan oleh global pandemik yang berlaku 2 tahun lepas.

Baca juga: Senarai Pakej Percutian Penjawat Awam & Pesara Kerajaan, 3 Hari 2 Malam Ke Destinasi Menarik!

TIDAK BOLEH PAKAI MINYAK WANGI SEMASA MENDAKI

tips mendaki

Bagaimanapun, aktiviti itu juga mempunyai pelbagai risiko terutamanya apabila mendaki gunung atau bukit yang sangat tinggi. Justeru langkah berjaga-jaga perlulah sentiasa diambil.

Bagi yang baru cuba untuk mendaki, mungkin tips yang dikongsikan oleh @apengslowcuber di TikTok ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Katanya, bila nak mendaki ni tak boleh pakai minyak wangi. Kenapa?

RUPANYA INI SEBAB TAK BOLEH PAKAI MINYAK WANGI KETIKA MENDAKI…

1. Mudah didekati serangga

Tips Mencegah dan Membasmi Serangga Cocopet dari Pekarangan Rumah
Di dalam hutan semestinya akan ada banyak serangga kecil seperti nyamuk, semut dan sebagainya. Boleh stres jika serangga kecil mengganggu kita semasa tengah mendaki.

Salah satu sebabnya serangga ini datang adalah kerana mereka tertarik dengan bauan pada badan kita. Maksudnya lagi wangi sesuatu bau itu, semakin tertarik serangga kecil untuk datang dekat.

2. Ancaman binatang buas

Pemuda cari pucuk paku maut diserang binatang buas — MYKMU.NET
Bukan sahaja haiwan atau serangga kecil yang akan datang dekat dengan kita, binatang buas seperti harimau dan ular juga tidak terkecuali.

Sesetengah binatang buas yang mencium bau wangi-wangian akan menganggap kita sebagai makanan atau haiwan berlawanan jantina yang ingin mengawan. Jadi semakin wangi badan anda, semakin tinggi untuk didekati oleh bintang buas.

3. Menjadi tarikan makhluk halus

Terungkap! Ini Makhluk Misterius Berbulu dan Bau Busuk yang Teror Warga Agam - Bagian 1
Menurut pengguna TikTok Apengslowcuber juga berkata bahawa bukan ‘benda’ yang kita boleh nampak sahaja boleh datang mendekati , ‘benda’ yang tak nampak juga akan tertarik dengan bau wangi.

Untuk mengelakkan apa-apa perkara buruk berlaku, jadi janganlah buat makhluk halus ini tertarik dengan kita melalui wangi-wangian yang dipakai.

Kalau ada yang merancang untuk mendaki hujung minggu ini, jangan lupa tips yang dikongsikan ini okay?

Video penuh:

@apengslowcuber

Tips Hiking : Jangan pakai minyak wangi masa HIKING!

♬ original sound – Apeng Speedcuber – Apeng Speedcuber

Sumber: TikTok Apengslowcuber

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×