Asuh

Kenapa Anak Tak Suka Makan Sayur Dan Buah? Ini 3 Cara Untuk ‘Pujuk’ Mereka!

25
SHARES

Salah satu punca anak hilang selera makan atau tak mahu makan langsung adalah kerana kita memasukkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu seharian mereka. Sudah menjadi lumrah bila kanak-kanak ni tak suka makan sayur dan buah tetapi, anda tak boleh biarkan perkara ini. Oleh itu, jom cuba 3 tips mudah ini untuk pujuk anak supaya ‘cintakan’ sayur dan buah!

3 TIPS PUJUK ANAK MAKAN SAYUR DAN BUAH

http://www.magicmaman.com/

Dilema yang selalu ibu-ibu alami adalah anak tak suka makan sayur. Sebut je sayur, anak mesti mencebik dan tarik muka. Ada juga yang terus mati selera tak mahu makan. Menjadi satu cabaran kepada ibu-ibu untuk memujuk si kecil makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebenarnya ibu perlu kreatif untuk jadikan sayur-sayuran seenak ‘jajan’ yang anak-anak makan. Mari kita sama-sama cuba 3 tips mudah pujuk anak makan sayur dan buah.

1.MASAK BERSAMA ANAK

http://www.everybitecountsnutrition.com/

Tak salah sekiranya kita libatkan anak-anak dalam penyediaan dan membeli-belah barang dapur terutamanya di bahagian sayur dan buah. Sekali-sekala kita perlu beri peluang kepada anak untuk lihat dan bantu memasak di dapur. Minta tolong mereka untuk basuh sayur atau mencuba sendiri makanan yang mereka buat. Sebenarnya peluang untuk mereka merasa sayur-sayuran adalah tinggi apabila mereka seronok menolong.

2.MENU BERWARNA WARNI

www.facebook.com/groups

Ibu-ibu boleh merangsang minat si kecil dengan menghasilkan minuman berunsurkan buah-buahan dan sayuran pelbagai warna. Buah-buahan dan sayuran yang dihidangkan dengan cara paling kreatif akan menimbulkan minat anak untuk makan. Ibu-ibu boleh sediakan makanan dalam beberapa corak mengikut kreativiti masing-masing. Contohnya, ibu boleh buat bentuk basikal, kereta, haiwan comel, bunga atau pun bentuk mainan kegemaran anak. Sayur-sayuran boleh disembunyikan disebalik jus buah-buahan yang dicampurkan dengan minuman seperti yogurt.

3.SEDIA HIRISAN BUAH DAN SAYURAN

www.theyummylife.com

Cara ini amat sesuai untuk elak beri makanan ringan kepada anak. Ibu boleh sediakan buah yang telah dipotong dan salad sayuran yang dicampurkan dengan beberapa buah-buahan kegemarannya di dalam peti sejuk. Boleh juga dijadikan sebagai kudapan ketika menonton tv, ketika lapar setelah balik sekolah atau sebelum tidur. Bila ibu kreatif dalam penyediaaan makanan, anak mudah tertarik dan mood untuk makan pun bertambah. Ibu-ibu perlu pastikan anak-anak dapat makanan secukupnya dan bukan berlebihan. Sayur, daging, buah-buahan perlu diambil dalam kadar seimbang.

http://www.eatright.org/

Perlu elakkan memberi makanan ringan kepada anak. Kanak-kanak yang kerap mengambil makanan ringan menyebabkan mereka tidak mempunyai minat untuk mengambil sayur-sayuran dan makanan sihat yang lain.

*Jom ibu-ibu, kita sama-sama pupuk minat anak-anak supaya suka makan sayuran dan buahan. Badan sihat otak pun cerdas!

Sumber: Lyna Adnan Islyana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×