Sports

‘3 Perkataan Ini Selamatkan Nyawa Kami’, Wanita Sesat Di Hutan Lundu Ditemui Selepas 3 Jam

1K
SHARES

Berita kehilangan orang tersayang yang sesat di dalam hutan tentunya amat membimbangkan. Malah, ia juga boleh berlaku pada seseorang yang biasa dan mahir dengan aktiviti begini.

Dalam sebuah posting beliau di Facebook, seorang wanita bernama Chai Shiaw Fung telah menceritakan pengalaman beliau apabila sesat dalam hutan ketika menyertai aktiviti Sarawak Adventure Challenge di Lundu.

“Orang yang mahir mendaki tetap akan menghadapi kesukaran untuk mencari seseorang yang hilang di dalam hutan tanpa lokasi yang tepat. Tapi ajaibnya kami dapat ditemui selepas 3 jam. Jadi, siapa yang menghantar lokasi kami kepada pasukan penyelamat?”

3 Perkataan Ini Selamatkan Nyawa Kami

Menurut Shiaw Fung lagi, ketika sesat dalam hutan itu internet tidak lagi berfungsi dan signal GPS juga tidak dapat digunakan.

Nasib baiklah ada satu aplikasi yang telah dimuat turun 2 bulan lalu. Melalui aplikasi tersebut, 3 perkataan telah dihantar oleh beliau kepada pengurusnya.

Aplikasi What3Words yang digunakan itu telah menghantar 3 perkataan ini iaitu (collapse.yardage.broadening).

Perkataan ini telah di generate oleh aplikasi tersebut secara automatik. Ia kemudiannya boleh diterjemahkan oleh penerima mesej tersebut.

Daripada mesej SOS tersebut, koordinat  yang tepat iaitu 1° 44′ 31.1” N 109° 50′ 39.5′ E telah didapati dan digunakan oleh pasukan penyelamat untuk mencari mereka.

‘Tanpa Aplikasi Ini, Saya Tak Tahu Di Mana Saya Sekarang’

Dengan koordinat tersebut Shiaw Fung dan rakannya yang hilang telah dapat ditemui dalam masa 3 jam!

Katanya, memang tak sangka yang dia sendiri akan menggunakan aplikasi ini dan sangat bersyukur.

“Tanpa aplikasi ini, saya tak tahu di mana saya sekarang” kata beliau.

Aplikasi Yang Mampu Menyelamatkan Nyawa

Di akhir posting tersebut, beliau menggesa penganjur acara, penyelamat, serta orang ramai, khususnya yang selalu keluar mendaki gunung atau beraktiviti di hutan agar menggunakan aplikasi ini.

Ia mungkin aplikasi yang jarang digunakan di Malaysia namun ia sangat berguna walaupun ketika offline.

Menurut sumber, aplikasi ini turut digunakan oleh pihak polis di luar negara kerana ia dapat membantu memudahkan pencarian.

Berikut kami lampirkan beberapa maklumat tambahan berkenaan aplikasi yang dimaksudkan beliau, iaitu What3Words yang boleh didapati secara percuma di Google Playstore.

  • 3 perkataan unik yang dimaksudkan merupakan 3 perkataan yang telah ditentukan oleh pembangun aplikasi ini.
  • Daripada 3 perkataan tersebut terbentuklah satu kod atau kombinasi yang merupakan sebuah titik letak di permukaan bumi.
  • Menurut CEO what3words iaitu
    Chris Sheldrick, algoritma yang digunakan terdiri daripada 40 ribu perkataan unik di mana apabila dikombinasikan akan membentuk 64 trilion kod atau kombinasi di seluruh dunia termasuk di lautan. Angka ini cukup buat seluruh bumi kerana kalau bumi dibahagi dalam dimensi 3×3 maka akan ada 57 trilion kotak yang terbentuk.

Fuh, faham tak?

Secara ringkasnya mereka menggunakan formula 3×3 untuk mengesan kita di ceruk mana sekalipun.

Aplikasi ini bukan saja berguna untuk mereka yang selalu hiking. Tapi ia juga membantu seseorang mencari lokasi yang terpencil dengan mudah. Contohnya jika sesuatu tempat terlalu luas, ia dapat memberi titik koordinat yang lebih mudah dikesan.

Nak faham lagi? Cuba tengok video oleh CNA Singapura ni.

WHAT3WORDS

SAY WHAT: #DidYouKnow you can locate your friends with random words? Reporter Lianne Chia road-tests mapping service what3words in Singapore. http://bit.ly/29hI3Xm

Posted by CNA on Tuesday, 5 July 2016

Berikut adalah aplikasi what3words yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore.

Tak salah rasanya mencuba aplikasi ini sebagai langkah keselamatan terutamanya bagi mereka yang selalu berada di luar kawasan.

 

*Berikut adalah posting asal beliau di Facebook.

Yesterday everyone was shocked after news mentioned that I was lost together with another guy during Sarawak Adventure Challenge held in Lundu, Sarawak.

Experienced trail person will tell you it’s impossible to find someone immediately in jungle without exact location. However, amazingly we were found 3 hours later. So who is the one who sent out exact location to the rescue teams?

Not from us, our Internet is not available and GPS signals lost. I only sent 3 words (collapse.yardage.broadening) that generated from a life saving apps called what3words to my manager. He was the one who converts the words into navigation of 1° 44′ 31.1” N 109° 50′ 39.5′ E and collaborate with the rescue teams for the search operation.

I first download this apps 2 months ago and never expect that I will use it to locate myself one day. Yesterday was the day when this apps successfully save me and my lost partner. Without this apps, I am not sure where am I now.

This is not a well known life saving apps for locals. But it works during offline. Thus, to all event organisers, rescue teams and public, wait no more, install and learn about this apps. You may save your loved one.

Read more:
https://www.bristolpost.co.uk/news/bristol-news/app-could-save-your-life-3216359

The true story how they locate us.
Cheers for the Drama Queen of 2019

**Sumber: Facebook Chai Shiaw Fung

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×