Nur

Hukum Tiup Makanan & Minuman Ketika Panas, Boleh Jadi Makruh Kalau …..

2
SHARES
HUKUM TIUP MAKANAN PANAS

Setiap kali ada hidangan panas pasti perbuatan pertama kita akan buat adalah meniupnya. Hal ini supaya boleh menikmatinya dengan tenang. Walau bagaimanapun, pernah tak anda terfikir mengenai hukum tiup makanan panas?

Perkara ini dijelaskan dengan lebih lanjut oleh Mufti Wilayah Persekutuan di laman Facebooknya. Sebelum buat macam itu, baca dulu hukumnya…

Baca juga: 13 Sebab Mandi Wajib Tidak Sah & TERBATAL, Sia-Sia Kalau Buat Macam Ini…

HUKUM TIUP MAKANAN PANAS & MINUMAN, INI PENJELASANNYA

HUKUM TIUP MAKANAN PANAS

Tidak meniup makanan dan minuman panas adalah termasuk dalam kategori adab. Hukum asal menghembus atau bernafas di dalam bekas makanan dan minuman adalah harus.

Namun perlu diingatkan perbuatan ini akan menjadi makruh dalam keadaan berikut:

– Sekiranya dibimbangi air liur dan nafas akan mengotori makanan dan minuman.

– Perbuatan tersebut menimbulkan rasa tidak senang orang yang berkongsi bekas dengannya.

– Menampakkan sikap gelojoh dengan meniup makanan dan minuman supaya cepat sejuk.

Hanya tiga keadaan di atas sahaja hukumnya adalah makruh. Tiupan yang sederhana tidaklah sampai mengotorkan atau mengubah bau makanan dan minuman.

Perbuatan ini sama seperti sekiranya anda bernafas dalam gelas sewaktu minum air. Sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah RA:

إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَتَنَفَّسْ فِي الإِنَاءِ، وَإِذَا أَتَى الخَلاَءَ فَلاَ يَمَسَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ

Maksudnya: “Apabila kalian minum, janganlah bernafas di dalam gelas, dan ketika buang hajat, janganlah menyentuh kemaluan dengan tangan kanan.” Sahih Bukhari (153)

Menurut Imam Ibn Batthal, beliau menjelaskan jika seseorang itu minum bersama orang yang tidak merasa jijik akan perbuatan bernafas sewaktu minum, maka hukumnya adalah harus.

Imam al-Mardawi juga menjelaskan seseorang itu boleh meniup makanan atau minuman panas jika ada keperluan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ustaz Don Kongsi 1 Doa Yang Tidak Akan Ditolak Oleh Allah SWT Sepanjang Ramadan

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×