Rumah Tangga

7 Faktor & Punca Perceraian Di Malaysia. Sebab Apa?

7 Faktor & Punca Perceraian Di Malaysia. Sebab Apa?


Punca Perceraian di Malaysia

Statistik terbaru penceraian dari Januari sehingga Jun 2013 mencatatkan sejumlah 22,162 kes manakala jumlah pasangan bercerai tahun 2012 pula adalah sebanyak 47,779 kes. (Sumber: Astro Awani)

Pelbagai langkah bagi mengurangkan kadar penceraian telah diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Namun, statistik terus menunjukkan yang sebaliknya. Seharusnya, untuk mengelakkan perceraian terus berlaku, pasangan mestilah belajar meningkatkan taraf hidup keluarga, meningkatkan resiliensi keluarga, mengimbangi tuntutan kerja dan keluarga serta meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan keluarga.

Antara punca perceraian yang paling utama ialah:

Amalkan tolak-ansur dan bertoleransi bila sudah berkahwin

Amalkan tolak-ansur dan bertoleransi bila sudah berkahwin

1. Tiada persefahaman

Isteri tidak faham tugas suami. Suami juga tidak mahu memahami tugas isteri. Masing-masing berkerja. Masing-masing penat. Masing-masing buat hal sendiri walaupun sudah ada anak.

Jumlah wanita lebih ramai memenuhi institusi pengajian tinggi dan seterusnya semakin banyak menguasai jawatan dalam bidang pekerjaan.Pendidikan dalam rumah tangga semakin terhakis, satu puncanya adalah apabila wanita semakin ramai diperlukan untuk keluar bekerja sedangkan lelaki pula gagal menampung keperluan membantu dalam pendidikan anak.

Dalam kata mudahnya, dunia pekerjaan kini memerlukan bantuan wanita untuk terus bergerak tetapi dunia rumah tangga memerlukan bantuan lelaki untuk terus harmoni.Apabila wanita kelihatan berjaya menampung keperluan dunia pekerjaan, tentu kemampuannya mengurus isi rumah tangga menyusut, ketika itulah peranan lelaki diperlukan tapi sedikit malang apabila lelaki terus terkebelakang.

Di dunia kerjaya mereka menyusut, di dalam rumah tangga mereka sering gagal menampung ruang kosong ditinggalkan isteri yang bekerja. Hasilnya pergolakan pasti berlaku, rumah tangga berantakan, anak pasti terkena impak negatif dan seterusnya mendasar di dalam jiwa mereka sehingga dewasa.

Apabila tiada persefahaman, ditambah lagi jurang pendidikan antara suami dan isteri, jalan penyelesaian yang paling mudah ialah bercerai.

Pilih pasangan yang bertanggungjawab

Pilih pasangan yang bertanggungjawab

2. Tidak bertanggungjawab

Juga berkait rapat dengan tiada persefahaman antara suami dan isteri. Bila tiada persefahaman, pasangan mula rasa bosan dan malas untuk berkomunikasi. Ini menyebabkan mereka terus meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri.

Tiada sifat tolong menolong dalam melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama. Penjagaan anak diserahkan seratus peratus pada isteri, sedangkan ia adalah tanggungjawab bersama. Apabila berlaku jurang yang besar dalam pembahagian urusan rumah tangga, isteri akan merasa terbeban dan ‘stress’ dengan kehidupan alam pekerjaan dan keadaan dalam rumah sendiri.

Sungguh besar cabaran kahwin muda

Sungguh besar cabaran kahwin muda

3. Kahwin muda

Apabila kahwin muda, katakan pada umur 18 tahun, sejurus selepas SPM, pasangan itu masih lagi boleh dikatakan belum matang. Dengan suami yang mungkin masih belum ada mata pencarian yang kukuh, ia sedikit sebanyak akan memberi impak pada keluarga.

 

Jangan biarkan ibu mertua buat keputusan untuk kita

Jangan biarkan ibu mertua buat keputusan untuk kita

4. Campur tangan mertua

Apabila sudah berkahwin, sudah tentu ‘decision’ mesti dibuat oleh suami isteri. Amat malang apabila mertua yang membuat segala pilihan. Ramai yang mengatakan, ibu mertua selalu campur tangan. Apa sahaja yang dilakukan oleh menantu akan dibantah. Lebih-lebih lagi menantu yang tinggal sebumbung dengan mertua.

Katakan tidak pada dadah, walaupun ganja

Katakan tidak pada dadah, walaupun ganja

5. Ketagihan dadah

Ganja dan heroin adalah yang paling popular. Apa yang mengejutkan, ramai bakal isteri sudah tahu bakal suami mereka adalah seorang ‘drug addict’. Namun, mereka berfikiran bahawa suami akan berubah jika berkahwin. Percayalah, jika sekali seseorang itu merasai nikmatnya dadah, amat sukar untuk dia melupakannya.

Bayangkan jika suami gian dengan dadah, apa akan jadi pada keluarga? Tentunya diabaikan. Maka apabila diabaikan, isteri akan menuntut cerai.

Curang membawa kehancuran, setialah pada pasangan

Curang membawa kehancuran, setialah pada pasangan

6. Curang dengan pasangan

Curang masih lagi sesuatu yang ‘taboo’. Jika membincangkan perkara ‘discreet’ hubungan suami orang dengan isteri orang, ia adalah sesuatu yang menjijikkan. Tergamak pasangan melakukan perkara keji tersebut?

Namun, ia telah menjadi barah dalam masyarakat kita. Mereka bagaikan seolah-olah tidak bersalah dengan mengadakan ‘affair’ di belakang pasangan masing-masing. Bukan sekadar lelaki sahaja, ramai perempuan melakukan perkara yang sama.

Jadi, apabila pasangan mengetahui perkara ini, sudah tentu perceraian adalah jalan terakhir. Siapa yang mahu tinggal dengan penzina?

Hidup Bermadu Beroleh Berkat (Bahagian 1)

Apa salahnya bermadu?

7. Enggan dimadukan

Apa salahnya jika suami ingin berkahwin lain? Ramai isteri yang tidak mahu dimadukan dan rela diceraikan. Tidak ada kajian khusus yang dilakukan setakat ini kenapa isteri enggan dimadukan. Daripada sumber-sumber tidak rasmi dan sekadar perbualan mulut, ramai isteri yang tidak mahu berkongsi suami kerana tidak mahu suami ‘celup sana, celup sini’. Nampak agak lucah, tapi itulah kebenarannnya. Isteri hanya cuma mahukan suami di sisi untuk melayan mereka secara eksklusif, bukan dengan perempuan lain, walaupun berstatus halal.

Kesimpulan

Artikel ini bukan bertujuan menyalahkan sesiapa, cuma mengajak kita berfikir sejenak kepada kelemahan lelaki dalam memainkan peranannya yang dianugerahkan oleh Allah, iaitu sebagai ketua keluarga. Ia adalah satu tugas dan amanah yang datang dengan tanggungjawab dan peranan.
Tanggungjawab sebesar itu memerlukan ilmu dan kredibiliti secukupnya untuk bertindak selaku pemutus keputusan di dalam rumah tangga.

Keputusan dibuat pula mestilah rasional dan boleh diterima oleh ahli rumah, khususnya isteri, sama seperti sifat seorang hakim di dalam mahkamah, selain hakim, peguam bela dan pendakwa juga pakar di dalam bidang undang-undang, namun ia perlukan seorang pemutus keputusan. Jika anda seorang isteri dan sedang dalam proses minta cerai, baca nasihat pakar ini dahulu.

Carian Yang Berkaitan:

  • punca perceraian di malaysia
  • perceraian
  • penceraian
  • punca cerai
  • faktor perceraian
  • sebab perceraian
  • faktor perceraian di malaysia
  • statistik perceraian di malaysia 2014
  • kes perceraian di malaysia
  • sebab penceraian
15 Comments

15 Comments

  1. niki

    April 11, 2014 at 1:21 am

    8. Tidak solat. Menyebabkan tiada keberkatan di dalam rumah tangga.

  2. shidah

    April 11, 2014 at 12:55 pm

    Jaga hubungan kita dgn Allah,Inshaallah dgn usaha hubungan kita dgn suami dan anak2 akan kekal hingga ke syurga

  3. roy

    October 27, 2014 at 12:31 pm

    nampaknya para isteri tak rela dimadu sebab takut suami celup Sana celup sini. Tapi kalo suami celup ngan pelacur tanpa pengetahuan isteri macamana? Kalau suami celup ngan awek dia Kat hotel macamana?

    Lebih baik tak tahu drp tahu ye? Akak2 ni semua dapat pastikan ke suami tak makan luar belakang akak?

    Bagi saya lebih baik tahu dengan sape suami akak2 semua ni beromen drp tak tahu dari mana asal usul sedar2 korang dah dapat aids!

  4. namaku

    April 28, 2016 at 6:36 am

    Isteri kena rapatkn diri dgn allah.. cari ketenangan. Lelaki x payah. Kawin je lagi satu selesai masalah. Ajenya malas berfikir

  5. hanis ahmad farid

    May 17, 2016 at 8:52 pm

    Perempuan melayu Malaysia dan Indonesia mmg mcam ni…Ego lebih…Nama saja islam…kalau pasal poligami dia maki sehabis mungkin… tak kira la sama ada laki tu mampu atau tidak…amat benarlah kata nabi majoriti penghuni neraka ialah wanita…suami layan macam kawan2….kalau betul pun suami tak mampu, nasihat la elok…ni dah la tengking suami …pastu mintak cerai sebab cemburu buta…ingadlah kata nabi mana2 isteri minta cerai tanpa sebab munasabah sedangkan suaminya menjalankan tanggungjawabnya, maka “tidak cium isteri itu bau syurga”…Sebab musababnya ialah orang kepulauan melayu mmg mulut berpuaka…tapi bila cakap pasal nabi dan sahabat pon berpoligami, terus takut pastu bagi alasan macam2 … depa lain la hapa la…MAU X MAU DALAM NERAKA JA POMPUAN XPERLU BERMADU SEBAB WANITA SOLEHAH DI SYURGA NANTI AKAN BERMADU DENGAN 70 BIDADARI…

  6. loy

    July 12, 2016 at 12:38 pm

    suami tak boleh tegur isteri.dan tak boleh menfailkan nusyuz kerana tiada seksyen.Para suami hanya bole menfailkan penceraian sahaja…Sebab itu para isteri bole melakukan sesuka hati walaupun bertentangan agama dan cara hidup..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top