Famili

Para Ibu, Jom Kita Amalkan 11 Doa Ini Ketika Memasak, Baru Harmoni Hidup Sekeluarga

2
SHARES

Para isteri solehah di luar sana, ketika melakukan kerja di dapur jangan sesekali lupa untuk ‘selitkan’ 11 doa ketika memasak ini seperti perkongsian Ustaz Ahmad Farkhan Daie.

Doa dan zikir ini sangat penting kerana ia boleh memberi kesan kepada amal dan rohani kita. Ketahuilah bahawa setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging.

Baca juga: Minum Air Suam Dengan Secubit Garam Tiap Hari Banyak Khasiat Tersembunyi Rupanya

ADAB DAN 11 DOA KETIKA MEMASAK IBU-IBU BOLEH BACA

DOA KETIKA MEMASAK

Doa ketika memasak ini sangat penting. Tok-tok guru di pondok sangat menjaga bab makan sampai tak benarkan anak murid makan di luar sebab khuatir termakan makanan yang syubhah atau masakan orang yang tak solat kerana risau akan mematikan hati.

Saya nak kongsikan adab-abad memasak dan doa yang boleh dibaca. Bukanlah satu kewajipan tetapi ini hanyalah anjuran para ulama.

1. Sebaiknya sebelum mula memasak, anda disarankan untuk berwuduk dan solat 2 rakaat. Berdoa minta petunjuk Allah agar dapat memasak yang terbaik dan ikhlas.

2. Baca doa masuk dapur surah al-Kahfi ayat 10

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Maksudnya: “Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

4. Doa ketika mencuci beras

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.”

5. Doa letak beras dalam periuk

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makan setelah lapar.”

6. Doa ketika letak air dalam beras

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

7. Doa mengacau lawan ke arah kanan dan lawan arah jarum jam iaitu putaran tawaf

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

Maksudnya: “Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah.”

8. Doa potong sayur dan daging ayat Al-baqarah ayat 71

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

9. Doa basuh sayur

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

10. Doa menghaluskan perencah

Surah al-Kauthar ayat 1 hingga 3

DOA KETIKA MEMASAK

Sekiranya tidak mampu untuk membaca semua doa di atas, cukuplah sekadar berselawat, istighfar dan berzikir. Jangan cakap hal mengenai fitnah dan mengumpat ketika memasak.

Usahakanlah sebaiknya agar tutup aurat dan berpakaian sopan ketika memasak. Kalau nak sebatikan lauk atau rasa lauk, gunakanlah tangan kanan.

Ibu dan isteri solehah amalkan doa dan adab ketika memasak ini untuk keberkatan keluarga.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Jangan Sekadar Basuh Kosong, Selit 3 Bacaan Doa Ini Ketika Masak Nasi

Sumber: Facebook Ustaz Ahmad Farkhan Daie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×