DIY & Kraf

Cara Mudah Simpan Pensel Warna Anak Supaya Tak Hilang Lagi

2.5K
SHARES

“Kakak, pensel warna ni mama baru belikan minggu lepas, hari ni tinggal banyak ni je? Mana pergi yang lain? Tak boleh jadi ni. Mama kena buat sesuatu supaya pensel warna kakak tak hilang lagi lepas ni.”

Pasti ramai ibu bapa yang pernah mengalami pengalaman sebegini, bukan? Pensel warna yang baru sahaja dibeli untuk kegunaan anak hilang dalam sekelip mata.

Tidak kira sama ada pensel warna tersebut hilang disebabkan terselit di sana sini dalam rumah atau hilang semasa di sekolah, ianya tetap membuatkan kita berasa rugi. Mana tidaknya, kita perlu membeli pensel warna yang baru buat mereka berulang kali setiap kali diberitahu bahawa pensel warna sedia ada tidak lengkap dan tidak mencukupi warnanya.

Maka, ibu bapa perlu memikirkan cara yang praktikal bagi memastikan pensel warna anak tidak hilang lagi serta mengurangkan kekerapan membeli pensel warna buat mereka.

Foto Kredit : hr.coach

Foto Kredit : hr.coach

Cara Mudah Simpan Pensel Warna Anak Supaya Tak Hilang Lagi

Berikut merupakan cara simpan pensel warna anak dengan mengikat pensel warna tersebut sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Zulaikha Ali melalui laman Facebook peribadi beliau. Semoga dengan langkah-langkah mudah yang dikongsikan, ianya memberi manfaat buat ibu bapa agar tiada lagi kejadian hilang pensel warna selepas ini.

Hasil daripada mengikat pensel warna anak ini kelak adalah seperti gambar di bawah.

pensel warna anak

Bahan-bahan Yang Diperlukan

Pensel warna
Tali
Gunting
Gam tembak
‘Key chain ring’
Pita pelekat bercorak / ‘sticker’

1

Cara-cara:

1. Potong Tali Ikut Kepanjangan Sesuai

Pertama sekali, potong tali mengikut bilangan pensel warna anak. Terpulang kepada ibu bapa untuk menentukan kepanjangan tali tersebut.

Foto kredit : brit.co

Foto Kredit : brit.co

2. Ikat Tali Pada ‘Key Chain Ring’

Selepas selesai memotong tali, ikat tali tersebut pada ‘key chain ring’.

2

3. Lekatkan Pensel Warna Pada Tali

Lekatkan hujung setiap pensel warna pada hujung tali dengan menggunakan gam tembak.

*Tidak digalakkan menggunakan pita pelekat bagi melekatkan pensel warna tersebut pada tali kerana ianya kurang kukuh dan mudah tercabut.

3

 4. Tampalkan ‘Sticker’

Setelah selesai melekatkan kesemua pensel warna pada tali, tampal pita pelekat atau ‘sticker’ pada bahagian gam tadi bagi melindungi kesan gam selain menjadikan pensel warna tersebut kelihatan lebih menarik.

Sebagai tambahan, boleh juga D.I.Y tag nama anak dengan menggunakan kertas keras terpakai dan masukkan pada ‘key chain ring’. Siap!

4

Mari Mulakan Sekarang!

Cara yang sungguh mudah, bukan? Hasilnya pula bukan sahaja unik, malah cukup berguna bagi mengelakkan pensel warna anak daripada hilang, sekaligus dapat menghindari pembaziran.

Jadi, apa tunggu lagi? Mari mulakan projek mengikat pensel warna anak-anak sekarang juga!

 

*Sumber asal cara mengikat pensel warna anak ini dikongsikan oleh Puan Zulaikha Ali melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Puan Zulaikha Ali juga aktif menulis di blog peribadi beliau iaitu ummuayyash.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×