Didik

9 Perkara Ibu Bapa Mesti Beritahu Anak Sebelum ‘Shopping’

54
SHARES

“Yeay! Hari ni papa dan mama nak bawa kita pergi shopping! Seronoknya nak pergi shopping sebab nanti mesti boleh beli macam-macam!”

Kata-kata sebegini cukup sinonim dengan anak-anak apabila diajak keluar ‘shopping’, bukan? Mereka pasti melonjak kegirangan apabila mendapat tahu bahawa ibu bapa ingin membawa mereka keluar membeli-belah.

Reaksi mereka bagaikan tidak sabar untuk keluar ke kedai atau pusat membeli-belah untuk membeli barang yang diingini. Tetapi, sebelum membeli barang-barang yang dihajati, anak-anak ini perlu tahu beberapa perkara penting tentang ‘shopping’ dan tips bijak berbelanja.

Foto Kredit : betterbedtime.ca

Foto Kredit : betterbedtime.ca

Istilah ‘Shopping’ Pada Anak Dan Ibu Bapa

Di mata anak kecil, ‘shopping’ merupakan aktiviti yang cukup menyeronokkan kerana mereka boleh meminta ibu bapa membelikan barang-barang yang diingini di kedai. Tetapi di fikiran ibu bapa, ‘shopping’ merupakan perkara yang sangat menyesakkan dada sekiranya tiada kawalan atau terlepas pandang dalam membuat pembelian.

Sehubungan itu, ibu bapa perlu memberitahu anak-anak bahawa ‘shopping’ bukanlah semata-mata untuk berseronok dengan membeli apa sahaja yang dihajati, tetapi mereka perlu mempelajari pelbagai perkara penting supaya tidak berlaku pembaziran ketika membeli-belah.

Foto Kredit : hvaler.com

Foto Kredit : hvaler.com

9 PERKARA ANAK PERLU TAHU TENTANG ‘SHOPPING’

Berikut merupakan 9 perkara penting tentang membeli-belah termasuk tips bijak berbelanja yang perlu dimaklumkan kepada anak supaya mereka lebih matang dalam perihal ‘shopping’ di usia kanak-kanak.

1. RANCANG PEMBELIAN

Ajar dan bantu anak untuk menyediakan senarai barangan yang ingin dibeli sebelum keluar untuk membeli-belah.

Ianya bukan sahaja bertujuan untuk mengelakkan anak-anak daripada membeli perkara yang tidak sepatutnya kelak, malah dapat menjimatkan masa semasa membeli-belah. Selain itu, dengan adanya perancangan terperinci sebegini, ianya dapat melatih anak untuk lebih berdisiplin ketika ‘shopping’.

Foto Kredit : oorlandoo.it

Foto Kredit : oorlandoo.it

2. Bezakan Keperluan Dengan Kehendak

Jelaskan kepada anak tentang perbezaan antara keperluan dan kehendak. Ianya boleh diajar ketika ingin membuat senarai barangan yang ingin dibeli atau diajar secara terus ketika berada di kedai.

Pastikan anak benar-benar memahami perbezaan kedua-dua perkara tersebut agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat untuk membeli barang keperluan yang lebih prioriti terlebih dahulu sebelum memenuhi kehendak mereka.

3. Ajar Tentang Wang

Anak-anak perlu diberitahu tentang nilai wang kertas dan wang syiling. Mereka perlu mahir dengan wang yang digunakan untuk membayar harga barang dan baki yang akan mereka terima semula selepas membuat bayaran agar tidak berlaku sebarang kesilapan semasa transaksi jual beli.

Kita boleh mengajak anak bermain jual beli (pretend play) di rumah bagi membiasakan mereka dengan proses jual beli menggunakan wang.

Foto Kredit : straitstimes.com

Foto Kredit : straitstimes.com

4. Adab Membeli-belah

Sebaik sahaja sampai di pasar raya, ingatkan anak untuk melangkah masuk dengan kaki kiri dan baca doa ini.

dua-for-entering-market

Maksudnya : Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian. Dialah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Dialah Yang Hidup, tidak akan mati. Di tangan-Nya semua kebaikan. Dan Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Selain itu, ingatkan anak agar tidak membazir ketika membeli belah, tidak menolak orang lain semata-mata untuk mendapatkan barangan yang ingin dibeli serta membantu sesiapa yang memerlukan bantuan seperti membantu orang tua untuk mengangkat barang yang berat.

Foto Kredit : huffingtonpost.com

Foto Kredit : huffingtonpost.com

5. Semak Tarikh Luput

Setiap kali membeli barang yang berunsurkan makanan atau barangan penjagaan diri, ajar anak-anak untuk menyemak tarikh luput yang tertera pada produk tersebut.

Ianya bagi mengelakkan diri daripada termakan makanan yang sudah tidak elok serta menggunakan barangan yang telah luput.

15387466_10154741047618389_16861978_o

6. Periksa Bahan Sebelum Membeli

Anak-anak perlu diajar untuk memeriksa bahan yang digunakan untuk membuat sesuatu barang atau makanan agar tidak tersilap memilih. Maklumkan kepada anak bahan-bahan atau sumber yang boleh mendatangkan kemudaratan serta tidak sepatutnya digunakan dalam proses pembuatan sesuatu barang atau makanan.

Dengan cara ini, kita dan anak-anak dapat membeli barangan serta makanan yang halal dan suci untuk dimakan atau digunakan oleh seisi keluarga.

15419320_10154741047743389_168428189_o

7. Periksa Keadaan Barang

Sebelum membeli sesuatu barang, ajar anak untuk memeriksa keadaan barang tersebut. Pastikan barang tersebut dalam keadaan baik dan sempurna serta tiada bahagian yang terkoyak, pecah, kemek, tercabut, dan sebagainya.

Bayangkan, sekiranya mereka tidak memeriksa keadaan barang sebelum membeli dan hanya mengesan kecacatan pada barang tersebut setelah membuat pembelian, pasti ianya lebih menyulitkan keadaan untuk menukar barangan tersebut semula di kedai. Sekiranya kedai tersebut tidak membenarkan sebarang pertukaran barang, bukankah telah berlaku pembaziran di situ?

Foto Kredit : thestar.com

Foto Kredit : thestar.com

8. Simpan Resit Pembelian

Selepas membuat pembelian, ajarkan anak untuk menyimpan terlebih dahulu resit pembelian dan usah segera membuang resit tersebut ke dalam tong sampah.

Ianya bertujuan untuk menyemak semula harga barangan yang telah dibeli atau digunakan ketika proses penukaran barang sekiranya perlu.

Foto Kredit : cbsnews.com

Foto Kredit : cbsnews.com

9. Belajar Berbelanja

Sesekali, ibu bapa boleh memperuntukkan sedikit wang untuk anak belajar berbelanja sendiri di pasar raya ketika berjalan bersama kita. Pastikan kita membantu dan memantau barangan yang dibeli oleh mereka.

Dengan cara ini, anak akan dapat belajar banyak perkara tentang ‘shopping’ dan mempraktikkan tips-tips bijak berbelanja yang telah dimaklumkan kepada mereka. Secara tidak langsung, anak turut mempelajari tentang pengurusan kewangan untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka pada masa akan datang kelak.

tips berbelanja

Foto Kredit : menstyle.hu

Amalkan Tips Bijak Berbelanja Sejak Kecil

Sentiasa ingatkan anak untuk membeli-belah secara berhemah. Amalkan sikap jimat-cermat, berdisiplin ketika berbelanja serta berbelanja mengikut kemampuan.

Semoga dengan mengamalkan tips bijak berbelanja ketika ‘shopping’ ini, ianya memberi banyak manfaat buat kita dan juga anak-anak. Selamat berbelanja!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×