DIY & Kraf

Cara Buat Belon Buih Gergasi aka ‘Giant Bubble’ Dengan 3 Bahan Saja.

5.9K
SHARES
cara buat belon gergasi

“Ayah, adik nak main kat taman. Ayah, adik nak main belon gergasi tu. Ayah beli ya…”

Cuti-cuti sekolah atau hujung minggu tentu seronok kalau ada aktiviti dengan anak-anak, bukan? Antara yang anak-anak suka adalah main belon buih gergasi atau dikenali sebagai ‘giant bubble’. Biasanya ada dijual di tepi pantai atau di taman-taman rekreasi, harganya dalam RM5 untuk 1 mangkuk kecil.

Sebenarnya ada cara buat belon buih gergasi di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah dan jimat. Berikut adalah perkongsian daripada Puan Hanizam Nazri tentang cara buat belon buih gergasi atau ‘giant bubble’ secara DIY.

Jom tengok!

Cara Buat Belon Buih Gergasi aka ‘Giant Bubble’. DIY Jimat!

Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk membuat belon buih gergasi atau ‘giant bubble’.

Bahan-bahan:

  • 250 ml pencuci pinggan JOY 
  • 4 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1.5 liter air

*Mungkin ramai akan bertanya sama ada boleh menggunakan pencuci pinggan jenama lain. Sebenarnya, pencuci jenama JOY ini berkepekatan tinggi.

*Boleh ditambah 1 sudu besar ‘baking powder’ untuk hasil yang lebih baik.

cara buat belon

Cara-cara:

1. Gaulkan Bahan

Cara membuat bancuhan buih sabun ini mudah saja. Hanya perlu gaulkan semua bahan di atas hingga sebati. Pastikan ikut sukatan yang diberikan tadi.

cara-buat-belon-buih-3

2. Cara Buat ‘Bubble Wand’

Kemudian, dah boleh mula main. Kalau tak ada ‘bubble wand’, boleh buat sendiri. Ada banyak idea menarik untuk anda cuba. Antaranya menggunakan penyangkut baju (‘hanger’).

cara-buat-belon-buih-2

Kalau nak buat yang lebih baik, boleh juga balutkan dengan tali jenis kain seperti dalam gambar di bawah ini. Tali ini membantu penyerapan buih sabun yang lebih banyak, jadi dapatlah buat buih yang lebih berkualiti.

Foto Kredit: pinterest.com

Foto Kredit: pinterest.com

Kalau tiada ‘hanger’ jenis ini di rumah, anda boleh juga gunakan tali dan penyedut minuman (‘straw’). Senang sangat, ikut saja langkah bergambar di bawah ini.

3. Dah Boleh Main!

Siap! Sekarang dah boleh buat buih gergasi. Rendamkan saja ‘hanger’ atau ‘bubble wand’ yang dibuat tadi dalam bancuhan buih.

cara-buat-belon-buih-4

cara-buat-belon-buih-5

Besar kan belonnya?

Mudahnya, Jom DIY Sendiri!

Tak susah pun cara buat belon gergasi ini, bukan? Tengok hasilnya pun boleh tahan, lebih kurang macam yang dibeli di luar.

Jadi, jom cepat cari bahan dan ajak anak-anak bermain. Tentu mereka leka sampai berjam-jam lamanya!

 

*Perkongsian asal tentang cara buat belon gergasi ini adalah oleh Puan Hanizam Nazri melalui Facebooknya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×