Sabun pencuci pinggan adalah barangan penting yang wajib ada di dapur. Sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari kita akan menggunakannya untuk mencuci pinggan mangkuk. Tetapi, para ibu mesti runsing apabila sabun pencuci cepat sahaja habis terutamanya apabila kerap digunakan dalam kuantiti yang banyak. Tak sampai seminggu dah nak kena beli baru, tak boleh jadi ni!
Oleh itu, apa kata kita cuba tips untuk menjimatkan sabun pencuci pinggan seperti yang dikongsikan di Twitter ini mungkin boleh diguna pakai. Hanya menggunakan dua sudu garam yang ditambah ke dalam botol sabun pencuci. Hasilnya, sabun mencuci lebih tahan lama, buih banyak dan pinggan mangkuk yang dicuci terutamanya yang berminyak akan menjadi lebih kesat, licin dan berkilat. Selamat mencuba!
Tips jimat cecair pencuci guna garam
Hari ini I nak share about something yang sangat berguna, I rasa suri rumah mesti suka tips ni! I dah cuba & hasilnya dari sebotol sunlight, I dapat 2 botol cecair pencuci. Jimat!
2.Okay macam korang nampak, I bahagikan sunlight kepada dua botol. Setiap botol dapat separuh cecair pencuci then I masukkan garam. Bagi sebati macam gambar kedua.
3.After dedua dah letak garam, I isi air sampai penuh dan goncang dan guna je macam biasa. Hasilnya, bukan setakat korang jimat cecair pencuci, tapi masa membasuh pun jimat.
Sebab smooth gila cuci pinggan dan periuk. Even berminyak pun, jadi kesat, licin berkilat. Puas hati I. Hahahaha. Serious bila dah buat ni, I rasa kenapa la dari dulu tak buat. Sebab terasa berbeza time cuci pinggan dan periuk belanga yang berminyak-minyak. Jadi senang nak cuci, bersih kilat. Mind blowing! So korang please try it. Jangan biar I excited sensorang.
Sumber: Ainul Nunanaaa