DIY & Kraf

Jom Buat ‘Homemade Bubble’ Dengan Bahan Dapur. Mesti Anak Leka Berjam-jam Lamanya!

7.3K
SHARES

Setiap hujung minggu, mesti ada macam-macam aktiviti yang dirancang untuk anak-anak. Tapi, bila cuti panjang tiba, ibu ayah boleh ‘kering idea’ memikirkan apa lagi yang nak dibuat dengan anak-anak.

Kalau boleh, tentulah nak idea yang seronok, tapi tetap jimat dan mudah dibuat di rumah, kan? Lepas ini tak payah pening kepala lagi, apa kata buat homemade bubble hasil perkongsian Puan Norshahida Lambri. Kalau di luar, semangkuk sabun saja dah RM5. Kalau anak seorang, boleh dikatakan ‘selamat’ lagi. Tapi kalau 3-4 orang, terasa ‘rabak’ jugalah. Kalau buat sendiri, memang jimat sangat. Anak puas main, siap boleh simpan lagi.

Menariknya, bahan yang digunakan ini semuanya ada di dapur. Tak payah susah-susah lagi! Mari kita tengok cara membuatnya di bawah.

Cara Buat ‘Homemade Bubble’ Yang Mudah

Bahan-bahan

  • Air 1.5 liter
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 250ml sabun pencuci pinggan Joy (Nak guna sabun pencuci lain pun boleh, tapi jenama Joy lebih pekat.)
  • Pewarna (jika perlu)
  • Bubble wands (Yang ini kena ada. Kalau tak, boleh juga DIY sendiri.)

Cara-cara

1. Ambil tepung jagung dan air masukkan dalam bekas/besen.

2. Masukkan sabun pencuci pinggan Joy dan kacau hingga sebati. Siap!

3. Gunakan bubble wand dan dah boleh main. Kalau tak ada, boleh gunakan hanger atau beberapa cara lain yang ditunjukkan di bawah.

Foto Kredit: Puan Hanizam Nazri

 

Foto Kredit: pinterest.com

 

Foto Kredit: gingersnapcrafts.com

Seeloknya simpan dulu dalam balang/bekas bertutup, biarkan semalaman. Tapi saya buat tak sempat nak simpan, dah kena ‘serang’ dengan anak-anak dulu.

Anak Leka, Ibu Pun Gembira!

Bila dah buat homemade bubble di rumah, ibu-ibu pun bolehlah buat kerja dengan tenang. Anak-anak mesti seronok dan leka bermain sampai berjam-jam lamanya. Tak adalah menghadap gajet saja, kan?

Percayalah, ibu ayah pun mesti tumpang main sekali!

 

*Cara buat homemade bubble ini adalah perkongsian asal oleh Puan Norshahida Lambri dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan, rujuk post asal di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×