1-2 Tahun

Guna Cara ‘Montenssori’, Ini 11 Idea Aktiviti Untuk Anak 1-3 Tahun Selain Main Gajet Saja

1.3K
SHARES

Bila anak mencapai umur 1 hingga 3 tahun, mereka sudah mula berjalan kan? Bila sudah berjalan ni, macam-macam perkara yang akan mereka terokai. Boleh kata semua bendalah nak buat, dari panjat tangga, panjat kerusi dan macam-macam lagi. Tetapi, kasihan juga kepada anak-anak yang berada dalam linkungan umur ini kerana selalu menghabiskan masa dengan permainan biasa atau gajet sahaja. Tiada ilmu yang diperolehi dan tiada ‘skill’ yang boleh digilap.

homesteading.com

Oleh itu, dengan perkongsian menarik cara didik anak cara Montenssori dari Puan Rasyidah Salleh ini, baru ibu-ibu di luar sana akan dapat banyak idea untuk mempelbagaikan aktiviti si manja setiap hari kan? Nak tahu apakah antara aktivitinya? Jom sama-sama lepas ni kita cuba di rumah ya!

1. CUT THE FRUITS

www.facebook.com/rasyidah.salleh.7

Tak sabar nak tunggu anak teruna ibu tolong kat dapur. Gaya pegang pisau ‘A’ dah tu. Kekuatan : Membantu bayi untuk fokus dalam membuat sesuatu perkara, bantu motor skill (pegang pisau).

2. GOAL

www.facebook.com/rasyidah.salleh.7

Bola-bola dari berlainan jenis. Ada yang keras, ada yang lembik, ada yang ringan, ada yang bantal. Kekuatan : Memberi bayi pendedahan tentang kepelbagaian berat bola, bantu bayi fokus.

3. RIGHT HOLE

www.facebook.com/rasyidah.salleh.7

Bayi harus memasukkan batang aiskrim & pompom di lubang yang betul. Kekuatan : Mendedahkan tentang kepelbagaian bentuk sesebuah barang, membantu bayi fokus.

4. RING TOWER

www.facebook.com/rasyidah.salleh.7

Kekuatan : Membantu koordinasi mata & tangan bayi

5. BRUSH YOUR TEETH

www.facebook.com/rasyidah.salleh.7

Kekuatan : Mengenalkan bayi kepada berus gigi & kepentingan memberus gigi

6. POMPOM DROP

www.facebook.com/rasyidah.salleh.7

Skill memegang biji ‘pompom’ dan masukkan dalam ‘terowong’. Kekuatan : Mengenalkan kuasa graviti

7. SCOOP & TRANSFER

www.facebook.com/rasyidah.salleh.7

Ni paling lama dia main! Sejenis yang gigih. Kekuatan : Membantu bayi fokus, koordinasi mata & tangan

8. KINETIC SAND

www.facebook.com/rasyidah.salleh.7

Kekuatan : Untuk sensory & social skill. Nak buat sendiri pun boleh:
Homemade kinetic sand

Bahan:
Pasir bersih 1 cup
Tepung jagung 1 1/2 sendok makan
Sabun cuci piring 1 sendok teh
Air secukupnya
Pewarna makanan sesuai selera

Cara membuat:
Campur pasir dengan tepung jagung, aduk rata.
Tambahkan sabun cuci piring dan air secukupnya. Aduk hingga tercampur rata.
Tambahkan pewarna makanan, lalu aduk lagi hingga campur rata dan mendapatkan warna yang diinginkan.
Biarkan kering selama 1 sampai 2 jam

9. LET OUT THE CREATIVITY

www.facebook.com/rasyidah.salleh.7

Daripada dia conteng dinding, letak saja dia dalam kotak.

10. ALA-ALA FLUBBER

www.facebook.com/rasyidah.salleh.7

Bahan : Campur tepung jagung & air, kacau untuk dapatkan kepekatan yang sesuai. Tekstur dia sangat menarik!

11. ISLAMIC EDUCATION

www.facebook.com/rasyidah.salleh.7

Main-main jugak, ngaji jangan tinggal. Maliq juga didedahkan dengan flashcard Alif Ba Ta, tapi dimulakan dengan huruf yang senang (AA, MA, BA, DA, NA) kenapa semua baris atas? Lebih mudah. Teknik Al-Furqan.

Sumber: Rasyidah Salleh 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×