Asuh

Anak Pasti Teruja Lakukan 5 Eksperimen ‘Super Simple’ Ini!

505
SHARES
eksperimen

“Setiap hari buat aktiviti yang sama saja dengan anak. Sesekali, teringin juga nak buat sesuatu yang berbeza macam eksperimen di rumah. Tapi eksperimen bagaimana ya yang ‘simple’ dan boleh guna bahan yang mudah didapati?”

Dalam merancang pelbagai aktiviti bermain sambil belajar untuk anak-anak, pada waktu-waktu tertentu, kita pasti inginkan kelainan. Ya, eksperimen merupakan salah satu aktiviti lain daripada lain yang boleh dilakukan bersama anak.

Eksperimen yang menjadi pilihan semestinya eksperimen mudah yang hanya memerlukan penyediaan bahan yang minimum dan boleh dilakukan di rumah.

eksperimen di rumah

Foto Kredit : kidsplaybox.com

Eksperimen Bantu Perkembangan Anak

Sel-sel otak anak yang sedang berhubung dan berkembang pesat perlu dirangsang agar mereka menjadi semakin bijak dari semasa ke semasa.

Dengan melakukan eksperimen di rumah, ianya menunjukkan sokongan serta dorongan ibu bapa terhadap perkembangan anak di samping mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak. Melalui eksperimen tersebut, anak akan mempelajari tentang punca dan kesan sesuatu perkara itu berlaku.

Percaya atau tidak, bukan sahaja anak-anak, malah kita juga akan turut teruja dalam menjalankan eksperimen bersama mereka itu nanti!

5 Idea Eksperimen Di Rumah Dengan Anak. Menarik!

Terdapat pelbagai idea eksperimen di rumah yang mudah yang tidak memerlukan belanja yang besar.

Jom lakukan 5 eksperimen ‘super simple’ ini bersama anak-anak. Ianya pasti menyeronokkan! Selamat mencuba!

1. Eksperimen Skittles

Bahan-bahan :

  1. Skittles (Skittles juga boleh juga diganti dengan Smarties, M&M dan lain-lain)
  2. Air suam

Langkah-langkah :

  1. Susun Skittles di sekeliling bahagian tepi pinggan.
  2. Tuang air suam ke dalam bahagian tengah pinggan sehingga melepasi paras Skittles.

Perhatikan pergerakan warna Skittles tersebut. Corak warna-warni yang terhasil ini sungguh cantik! Langkah 1 dan 2 boleh diulang menggunakan susunan warna yang berbeza.

Kesimpulan yang dapat dibuat melalui eksperimen ini adalah reaksi antara air suam terhadap Skittles akan menghasilkan corak warna-warni yang sangat menarik.

Foto Kredit : commonpost.boo.jp

Foto Kredit : commonpost.boo.jp

2. Susu Berwarna Ajaib

Bahan-bahan :

  1. Susu
  2. Putik kapas
  3. Pewarna makanan
  4. Sabun pencuci pinggan

Langkah-langkah :

  1. Tuang susu ke dalam mangkuk.
  2. Titis beberapa titik pewarna makanan ke dalam susu.
  3. Titis sabun pencuci pinggan ke atas pewarna makanan di dalam susu tadi dan perhatikan keajaiban yang berlaku!
  4. Celup putik kapas pada pewarna makanan dalam mangkuk berisi susu ini.
  5. Ulang langkah 4 bagi menghasilkan lebih banyak pergerakan warna dalam susu.
  6. Buat sedikit putaran dalam larutan tadi dengan menggunakan putik kapas untuk mendapatkan corak yang lebih menarik.

Sekiranya kita menggunakan warna asas seperti merah, kuning atau biru, gabungan warna-warna asas ini melalui pergerakan warna tadi akan menghasilkan warna baru. Sebagai contoh, warna biru dan kuning akan menghasilkan warna hijau.

Selain daripada melihat pergerakan warna dalam susu, anak akan turut belajar tentang hasil gabungan warna melalui eksperimen ini!

Foto Kredit : youtube.com

Foto Kredit : youtube.com

3. Kubis Warna-Warni

Bahan-bahan :

  1. 4 helai daun kubis
  2. 4 gelas berisi air
  3. Pewarna makanan (4 warna berbeza)

Langkah-langkah :

  1. Titis beberapa titik pewarna makanan ke dalam setiap gelas berisi air (1 gelas untuk 1 warna).
  2. Masukkan sehelai daun kubis ke dalam setiap gelas tersebut.
  3. Biarkan semalaman.

Anak pasti ternanti-nanti dan tidak sabar bangun pagi untuk melihat apa yang akan terjadi kepada daun kubis itu. Mereka pasti teruja apabila melihat warna daun kubis tadi telah berubah mengikut warna air dalam gelas tersebut pada keesokan hari!

Jelaskan kepada anak bahawa tumbuhan menyerap air. Oleh itu, daun kubis akan menyerap air berwarna dalam gelas tersebut.

Foto Kredit : pagingfunmums.com

Foto Kredit : pagingfunmums.com

4. Gelas Awan Dan Hujan

Bahan-bahan :

  1. Air
  2. Gelas jernih
  3. Pewarna makanan biru
  4. Krim pencukur (shaving cream)
  5. Penitis

Langkah-langkah :

  1. Isikan ¾ gelas jernih dengan air.
  2. Penuhkan bahagian atas gelas dengan krim pencukur (shaving cream).
  3. Tunggu beberapa minit sehingga krim pencukur (shaving cream) berhenti membuak di bahagian atas gelas.
  4. Sementara itu, larutkan pewarna makanan biru dengan air di dalam bekas lain.
  5. Ambil larutan warna biru tadi dengan penitis.
  6. Titiskan sebanyak mungkin pewarna biru di atas krim pencukur (shaving cream) dengan memasukkan bahagian hujung penitis ke dalamnya.

Dalam eksperimen ini, krim pencukur (shaving cream) dianggap sebagai awan, manakala pewarna biru adalah air hujan. Apabila awan telah dipenuhi air, hujan akan mula turun dan akan kelihatan titisan-titisan hujan bewarna biru keluar daripada awan.

Sambil melakukan eksperimen ini, kita boleh menerangkan kepada anak tentang kejadian hujan dari sudut sains. Ianya eksperimen di rumah yang sungguh mudah dan menakjubkan!

5. Letupan Kapur Berwana

Bahan-bahan :

  1. Cuka
  2. Kapur berwarna
  3. Plastik ‘ziplock’
  4. Kertas lukisan / kertas mahjong / kad manila

Langkah-langkah :

  1. Letakkan kertas lukisan / kertas mahjong / kad manila di luar rumah.
  2. Hancurkan kapur berwarna.
  3. Masukkan 1/3 cawan cuka ke dalam plastik ‘ziplock’.
  4. Masukkan 2 sudu kapur berwarna yang telah hancur ke dalam plastik ‘ziplock’.
  5. ‘Ziplock’ plastik dengan segera.
  6. Letak plastik ‘ziplock’ ini di atas kertas lukisan / kertas mahjong / kad manila.

Reaksi antara kapur dan cuka akan menghasilkan letupan! Eksperimen ini turut menghasilkan seni serta corak yang unik di atas kertas lukisan / kertas mahjong / kad manila yang disediakan.

Sediakan beberapa plastik ‘ziplock’ berisi cuka dan kapur yang mempunyai warna berbeza dalam setiap plastik, atau campuran cuka bersama pelbagai kapur berwarna dalam satu plastik ‘ziplock’ untuk menghasilkan corak serta warna yang lebih menarik apabila ianya meletup.

Ini juga merupakan eksperimen di rumah yang menyeronokkan, bukan?

Seronoknya Buat Eksperimen Di Rumah!

Sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri anak akan membuatkan mereka berasa sangat seronok apabila berjaya melakukan sesuatu eksperimen. Pelbagai perkara baru dapat dipelajari oleh mereka melalui eksperimen yang dijalankan.

Keseronokan dan keterujaan mereka ini pasti akan menimbulkan keinginan untuk melakukan lebih banyak lagi eksperimen di rumah. Jadi, bersedialah kita sebagai ibu bapa untuk merancang pelbagai eksperimen lain selepas ini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×