Famili

Anak Kecil Yang Diajar Buat Kerja Rumah Lebih Bijak & Bahagia Hidupnya

353
SHARES
berjaya dalam hidup

Kalau dulu, mungkin mak-mak kita agak strict dalam bab memastikan kita membuat kerja rumah. Tapi, kini zaman berubah dan sedikit sebanyak disiplin dalam melakukan kerja rumah semakin pudar lantaran kesibukan kerja kedua orang ibu bapa. Menurut Braun Research pada tahun 2014, 82% orang dewasa mengakui mereka diajar membuat kerja rumah. Tapi hanya 28% daripada mereka yang turut melatih anak mereka untuk melakukannya.

Sungguhpun begitu, kajian telah membuktikan bahawa kerja rumah ini amat penting bagi anak-anak supaya mereka dapat menjadi orang yang lebih berjaya dalam hidup.

Kenapa? Ini 5 alasannya.

5 Perkara Yang Berlaku Bila Anak Diajar Buat Kerja Rumah

Pada awalnya, memang susah mengarahkan anak untuk melakukan kerja rumah. Tapi percayalah bahawa penantian dan kesabaran anda berbaloi. Anda mungkin perlu memujuk dan mengingatkan mereka berkali-kali. (Sampai kering tekak!)

1. Bina Keyakinan Diri Sejak Kecil

Menurut kajian, rutin yang diterapkan pada anak sejak kecil dapat membantu anak membina keyakinan diri sejak kecil. Anak akan berasa bangga dan lebih percaya diri setelah berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kalau diikutkan, anda boleh mula memperkenalkan kerja rumah kepada anak seawal 2 tahun, iaitu apabila mereka sudah mula memahami arahan.

Di samping itu, ia membantu anak mengawal tindakan, merasa diri dihargai, dan memiliki sense of belonging yang lebih kuat dalam sebuah keluarga. Ini semua turut menjadi penyumbang kepada kebijaksanaan intelek atau EQ (emotional quotient).

Foto Kredit: norfolkdailynews.com

2. Menyumbangkan Kepada Kebahagiaan

Dalam salah sebuah pemerhatian intensif (bermula sejak 1938 hingga sekarang), para pengkaji mendapati terdapat 2 perkara yang menjadikan manusia bahagia dan berjaya.

Pertama – Kasih sayang. Kedua – Etika kerja. Ini membuktikan bahawa etika kerja sangat penting selepas kasih sayang yang diberikan kepada anak-anak. Mereka perlu dilatih dengan tanggungjawab supaya mereka dapat mengenalpasti kebolehan diri dan menghargai nilai tersebut.

berjaya dalam hidup

Foto Kredit: goodhousekeeping.com

3. Melahirkan Rasa Empati

Mungkin ramai yang merasakan bahawa perasaan empati atau mengasihani adalah sifat semulajadi dalam diri setiap insan. Namun, tak ramai yang mengetahui bahawa anak kecil memerlukan dorongan untuk mempelajari kemahiran ini.

Menurut Parenting Science, empati melibatkan 3 komponen utama, iaitu: kebolehan mengenal perasaan diri sendiri, memahami perasaan orang lain, dan menentukan respon terbaik terhadap emosi tersebut. Dengan pendedahan kepada kerja rumah, kesemua kemahiran ini dapat diasah sejak kecil.

Foto Kredit: readbrightly.com

4. Mahir Menyesuaikan Diri

Dengan mengajar anak melakukan kerja rumah, secara tidak langsung anda memperkenalkan mereka kepada tanggungjawab. Tentulah mereka tidak akan terus memahaminya, tetapi proses pengulangan yang dilalui dari hari ke hari akhirnya menukarkannya kepada tabiat baik yang ‘melekat’ dalam diri.

Apabila berkunjung ke rumah saudara atau berada di tempat awam, mereka lebih pandai membawa diri dan berinteraksi dengan persekitaran. Ini berkait rapat dengan etika kerja dan empati yang disebutkan di atas tadi. Pemerhatian turut mendapati bahawa anak-anak ini lebih matang dalam mengawal emosi, disenangi orang sekeliling, memperlihatkan adab yang baik, dan tidak mudah berputus asa.

kelebihan belajar bahasa asing

Foto Kredit: readbrightly.com

5. Mengukuhkan Hubungan Keluarga

Walaupun anak mungkin akan merungut atau bergaduh apabila diberikan tugasan, tetapi sedikit demi sedikit anak akan mula memahami erti kerja keras yang dilalui oleh ibu bapa. Kefahaman ini akan meninggalkan kesan mendalam terhadap peribadi anak.

Selain itu, anda juga boleh melakukan kerja bersama-sama sebagai satu aktiviti mingguan yang menyihatkan. Kalau kreatif, macam-macam approach yang boleh anda cuba supaya ianya seronok untuk dilakukan bersama.

berjaya dalam hidup

Masih Belum Terlambat Untuk Mulakan Sekarang!

Berilah peluang kepada anak untuk melakukan kerja rumah kerana terlalu banyak manfaat yang mereka akan pelajari melaluinya. Sungguhpun hasil kerja mereka tidaklah sempurna seperti orang dewasa, teruskanlah memberi galakan agar mereka tetap melakukannya.

Dengan praktis demi praktis, mereka tentu dapat melakukannya dengan baik. Kalau nak tahu apa jenis kerja rumah yang sesuai berdasarkan umur, anda boleh rujuk artikel ini: Senarai Kerja Rumah Yang Boleh Dibuat Oleh Anak Seawal 2 Tahun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×