DIY & Kraf

DIY Litter Box Najis Kucing Dengan Bajet Hanya RM10, Rumah Tak Bau Busuk!

77
SHARES
cat litter

Salah satu kelengkapan paling penting jika anda memelihara kucing adalah menyediakan tempat untuk mereka membuang najis. Walaupun mereka adalah haiwan, namun kucing sangat mementingkan tempat membuang najis atau ‘cat litter’ yang bersih dan selesa.

Jadi, untuk tuan kucing yang mahukan tempat cat litter yang bajet rendah namun sangat mudah untuk dibersihkan, berikut merupakan cara untuk anda DIY sahaja cat litter box di rumah. Nak cedok najis pun tak makan masa lama!

Baca juga: 8 Jenis Baka Kucing Termahal Dunia, Harga Hampir Sama Nilai Beli Sebuah Rumah

CARA DIY ‘CAT LITTER BOX’ PALING BAJET

cat litter

Bahan yang diperlukan:

-3 bakul raga plastik
Plastik sampah
-Pasir kucing

Cara-cara:

1. Letak plastik sampah besar pada raga di bawah.

2. Kemudian tindan dengan raga plastik. Ikut berapa banyak raga yang kita nak buat sebagai penapis untuk asingkan najis kucing.

3. Kemudian masukkan pasir kucing. Siap!

4. Bila kucing membuang, apa yang perlu dilakukan cuma angkap saja raga plastik tadi yang berfungsi sebagai penapis. Najis akan tertinggal dalam raga dan pasir akan jatuh ke bawah dalam plastik sampah.

5. Angkat plastik sampah dan tuang pasir dalam bekas. Ulang langkah di atas.

cat litter

*Untuk yang kurang faham, pasir yang ada dalam plastik itu boleh digunakan semula ya. Ambil plastik baru dan tindan raga tersebut macam biasa, lepas itu masuk balik pasir.

Video penuh:

@kochengmy Ok disebabkan byk kata leceh pakai selotape ni dia Cat litter kedai RM2 V2. Nie paling jimat la takpayah dh pakai selotape. Kos dlm Rm 10. Pakai bag plastik sampah jer. Dpt idea dr komen2 korg jugak hehe. Moga bermanfaat utk semua. #catoftiktok #catworld #kucinglucu #cat #kucingbertuah #kucing #cattok #kucingmalas #catlovers #catlitter ♬ Maafkan Aku – Cover The Orion – Indah Yastami

Baca juga: DIY Pewangi Rumah Hanya Guna 3 Bahan Dapur, Orang Puji Harum Macam Di Lobi Hotel!

Sumber: Tiktok @kochengmy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×