DIY & Kraf

Cara Berkesan Hilangkan Bau Muntah Terkena Perabot & Karpet, Campur 3 Bahan Ini

2
SHARES
anak muntah

Khususnya buat mak-mak, mesti anda rasa stres apabila anak muntah di perabot, permaidani, tilam atau atas kerusi dalam kereta bukan? Bukannya apa, nak cuci itu boleh namun sangat sukar untuk singkirkan bau masam muntah tersebut walaupun sudah disembur pewangi.

Kalau masih ada lagi bau muntah tersebut, apa kata anda cuba cara DIY seperti yang dikongsikan di bawah ini pula untuk hilangkan bau masam tersebut. Ramai yang sudah cuba dan mengatakan cara ini berhasil!

Baca juga: Tips Nyahkan Bau Kucing Dalam Rumah Guna Rendaman Kulit Kayu Manis

ANAK MUNTAH? GUNA CARA INI NAK HILANGKAN BAU MUNTAH ITU

anak muntah

Ini merupakan resepi bancuhan yang sesuai untuk cara membersihkan bau muntah daripada permaidani, perabot, kereta dan apa-apa lagiā€¦termasuk boneka mainan anak-anak.

Bahan-bahan:

-2 cawan hidrogen peroksida/hydrogen peroxide
-2 sudu kecil baking soda
-2 titis cecair sabun pinggan mangkuk

Cara-caranya:

1. Campurkan hidrogen peroksida, soda penaik, dan sabun pinggan bersama-sama sehingga soda penaik larut.

2. Untuk patung haiwan seperti soft toys , pakaian, kereta, atau permaidani, letakkan bancuhan yang pekat dekat kawasan yang terjejas dengan campuran bahan tadi.

3. Tekan kawasan yang terkena kotoran dengan tuala atau kain buruk untuk menyerap larutan.

4. Ulang jika perlu.

5. Pilihan lain yang anda boleh buat adalah, taburkan baking soda ke atas kawasan yang ingin dicuci dan vakum kemudian.

*Bau masam muntah pun hilang!

Baca juga: Cara Mudah Cuci Habuk Kipas Tanpa Perlu Buka Jaring & Lap Bilah Satu Persatu

Sumber: Recipe Secrets Revealed

Foto: Firstcry parenting

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×