Dapur

Wanita Ini Kongsi Koleksi Menu Guna Teknik ‘Suku-Suku Separuh’ Untuk Elak Kolestrol Tinggi

238
SHARES

“Dah berkurun zaman dah aku diet ni tak juga kurus-kurus…”

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang sedang mengamalkan diet untuk mengurangkan berat badan. Tapi, sudah menjangkau hampir berbulan-bulan berat badan masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Apa lagi teknik yang tidak betul?

Pernah tak anda terfikir bahawa portion makanan sebenarnya memainkan peranan penting dalam memastikan makanan yang diambil setiap hari terkawal. Inilah teknik yang digunakan oleh wanita ini yang dikenali sebagai ‘suku-suku separuh’ untuk memastikan tahap kesihatan badan berada pada paras yang betul. Bukan itu sahaja, beliau mengambil langkah ini juga untuk menurunkan paras darah tinggi dan mengurangkan kadar kolestrol.

KOLEKSI MENU MAKANAN IKUT SUKATAN SUKU-SUKU SEPARUH

Assalamualaikum.. Pagi ni nak share pinggan suku-suku separuh yang saya amalkan.. Alhamdulillah dah masuk setahun saya amal makan cara sukatan macam nie, suku nasi, suku lauk separuh sayur buah dan ulam. Kadang-kadang saya ambik jugak nasi lemak ke, nasi ayam ke, tapi memang makan banyak tu je tak ada tambah-tambah. Insyaallah untuk selama- lamanya amal makan sukatan macam ni.

Saya ubah cara pemakanan saya ni setelah saya ada tekanan darah tinggi dan kolestrol tnggi.. Saya dah makan ubat dah masuk 2 tahun , sekarang ni masih lagi on ubat tapi dalam dos yang rendah, dl makan 2 jenis ubat darah tinggi, sekarang sejenis je tu pun dos yang rendah, semoga saya boleh terus stop ubat lepas nie. Darah maintain, kolestrol kurang..kurus tu bonus..kadang-kadang saya makan je lauk yang masak untuk family tp jaga portion. Kadang-kadang saya masak asing..tapi ikan ke ayam, saya banyak amal yang panggang-panggang dan rebus-rebus. Kalau ada yang berkenan resepi tu boleh komen kat pic tu ye..insyaAllah boleh bagi resepi.

Nota : Ni sebahagian daripada koleksi menu diet saya. Kadang-kadang saya makan eat eclean.. Kadang-kadang makan je lauk yang masak untuk family, dah setahun saya makan macam ni memang amal suku suku separuh.

1. Ayam panggang blackpepper

2.Sate ayam

3.Nasi ayam hainan

4.Brown rice dan sayur

5.Ikan goreng dan kerepek bawang putih

6.Ikan steam dan sayur

7.Ikan kerisi panggang serta ulam-ulaman

8.Nasi lemak

9.Nasi hujan panas dan kurma ayam

10.Koey teow goreng dan buah-buahan

*Selamat mencuba!

Sumber : Nor Khomariah Norrohman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×