Famili

Terkejut Tengok Ada Orang Cium Keluarga Dekat Bibir, Normal Ke? Ini Jawapan Anda Perlu Tahu!

42
SHARES
cium anak

Perbuatan cium anak yang diberikan oleh ibu bapa adalah salah satu tanda bahawa anak-anak tersebut diberikan kasih sayang yang secukupnya. Malah, mencium anak merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda kasih sayang. Namun, bukan semua bahagian badan anak boleh dicium sesuka hati ya!

Mungkin ada dalam kalangan mak ayah yang sering mencium anak-anak di bahagian bibir dan membiasakan perbuatan tersebut antara ahli keluarga. Ternyata, perbuatan ini perlu dihentikan kerana bibir merupakan bahagian privasi dan tidak boleh disentuh sesuka hati.

Baca juga: Mak Ayah Wajib Hafal Di Mana Nak Cium & Gosok Anak, Rupanya Ada Maksud Tersembunyi!

ELAK CIUM ANAK DI BAHAGIAN BIBIR, ITU TEMPAT SUPERSENSITIF!

Terdapat satu perkongsian di laman Twitter milik Puan Wan Nur Syakira yang merupakan penulis buku parenting apabila ada warga Twitter yang bertanya adakah adakah normal untuk mencium ahli keluarga pada bahagian bibir terutama sekali pada kanak-anak. Berikut merupakan penjelasannya…

cium anak

Tak normal. Kalau boleh elakkan. Kenapa ?

-Bibir termasuk dalam private part yang perlu dilindungi dan juga anggota seksual.

-Bibir ini sangat sensitif dan membuatkan manusia teransang .

-Bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal sahaja iaitu suami dan isteri.

-Kawasan bibir adalah kawasan yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.

-Dibimbangi boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti.

Kanak-kanak kecil tak terlepas daripada rasa pleasure akibat ransangan itu. Perbuatan mencium mulut anak tidak boleh dilakukan dan dibiasakan kerana bibir termasuk dalam private part yang hanya anak-anak sahaja boleh pegang. Private part yang anak sahaja boleh pegang adalah bibir, dada , zakar/ faraj, punggung dan paha. Ini hak ekslusif mereka sahaja.

Kalau masih kecil, zakar dan faraj terpaksa kita sentuh untuk tolong basuhkan, apabila mereka dah diajar dan boleh basuh sendiri kita sebagai ibu bapa dan orang dewasa dah tak boleh sentuh. Anak-anak dah boleh diajar basuh ketika toilet training berumur 3 tahun.

Saya amat galakkan anak diajar untuk toilet training apabila mereka dah bersedia kerana ia akan membina keyakinan diri anak dan mengurangkan campur tangan orang lain dalam urusan toilet training yang semestinya melibatkan private part anak.

Bahaya sebenarnya kalau kita meransang bukan pada tempatnya, (tempatnya adalah bila lepas berkahwin, antara suami isteri ). Ibubapa kena berhati-hati jangan biar anak melihat ciuman di bibir untuk pasangan. Biar tertutup rapi kemesraan itu daripada pandangan anak.

Andainya ciuman ringan di pipi dan dahi pasangan, itu tidak mengapa. Mungkin ada masih bergurau mesra dengan kanak-kanak dengan mencium bibir mereka, hentikan dan gunakan cara lain yang lebih baik untuk bergurau dengan mereka. Ada anak yang tiru balik perbuatan cium tu dan buat pada kawan. Kanak-kanak masih tak tahu bezakan jadi, kita ajar dari kecil.

5 ANGGOTA PRIVASI HANYA ANAK SAHAJA BOLEH PEGANG!

cium anak

5 anggota privasi yang perlu anak extra jaga supaya tak dieksploitasi oleh sesiapa saja. Kenalkan pada anak seawal 2 tahun , ulang sentiasa:

-Bibir
-Dada
-Vagina
-Zakar
-Punggung

Rupanya ramai yang budayakan cium bibir anak. Jangan ya, hentikanlah. Bibir itu private part anak, jangan biasakan begitu. Budaya tu tak selari dengan agama kita. Biasakan budaya cium bibir kanak-kanak juga buat anak rasa normal je cium bibir. Kanak-kanak macam ni berisiko besar diambil kesempatan dan jadi sasaran pedofilia. Kanak-kanak sangat fragile .

Tanpa ilmu tentang private yang perlu dijaga termasuk bibir, bahaya sangat untuk anak tersebut.

Sumber: Twitter @wannursyakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×