Asuh

Tips Simpan ‘Car Seat CRS’ Anak Berbulan Dalam Stor, Elok Je Tak Ada Kulat!

20
SHARES
carseat CRS

Sistem Kekangan Kanak–kanak atau Child Restraint System (CRS) merupakan kelengkapan keselamatan di dalam kenderaan motor yang dikhususkan bagi penumpang kanak–kanak. Carseat CRS ini boleh disimpan lama tanpa mempunyai kulat sekiranya anda tahu cara penyimpanannya yang betul.

Berikut merupakan tips penyimpanan car seat CRS dalam  jangka masa yang lama, dikongsikan Dinas Elni seperti di bawah.

Baca juga: Sulung Makan Hati 5 Adik Tak Kenang Budi, Ambil Semua Duit Terus Tak Bagi Muka!

CARSEAT CRS

carseat CRS

Gambar: senivpetro

Korang kalau ada carseat (CRS) nak simpan lama dalam stor (more than a week), balut macam ini dan pastikan ada bahan pengering (silica gel) sekali dalam tu tau untuk serap lembapan.

Nak guna plastik garbage hitam boleh je tapi saya prefer plastik semi-transparent macam dalam gambar sebab saiznya ngam dengan CRS walaupun jenis bulky. Boleh nampak CRS yang mana tanpa perlu buka.

Gel silika guna yang sachet 50 gram sebungkus. 

Baca juga: 5 Manfaat Bayi Tengok Imej Warna Hitam & Putih Sebelum Usia Setahun!

Setiap 3 bulan kena periksa bungkusan CRS

carseat CRS

Gambar: Dinas Elni

Sekurang-kurangnya setiap tiga bulan kena buka dan cek bungkusan CRS.

Saya ada terima banyak CRS dan stroller yang dah berbulan-bulan malah lebih setahun duduk dalam stor. Bila dihantar basuh, dah berkulat.

Kulat ini bahaya tau, walaupun dah basuh. Masih ada spora bersisa pada serat fabrik dan boleh buat alahan.

Sebelum simpan, pastikan CRS dah bersih. Segala sisa tumpahan air, makanan, muntah dan lain-lain yang masih bersisa juga berisiko mengundang kulat bila disimpan lama. Walaupun kita guna bahan pengering dan dah dibalut kemas.

Baca juga: Cikgu…Ini 11 Cara Atasi Murid Mengantuk Dalam Kelas, Terus Segar Mata!

Pautan kedua-dua barang:

Silica gel 50 gm:

Plastik besar semi-transparent:

Nak lebih murah, beli dalam live. Follow untuk notification: shopee.com.my/rizqiruse

Follow for more tips on cleaning your CRS (CRS = child restraint system, carseat, child safety seat).

Baca juga: Adik-Adik Nak Beli Komputer Riba Tapi Tak Pandai Pilih, 5 Tips Ini Boleh Bantu!

Sumber: Dinas Elni

FT Image: Dinas Elni / rawpixel.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×