Asuh

Sulung Makan Hati 5 Adik Tak Kenang Budi, Ambil Semua Duit Terus Tak Bagi Muka!

18
SHARES
makan hati

Seorang individu tidak dikenali telah meluahkan rasa kecewa dan makan hati dengan perangai 5 orang adiknya pada satu hantaran dibuat kepada pemilik akaun X @meinmokhtar.

Ia berpunca perangai 5 beradik tersebut melampaui batas sehingga mengendahkan permintaan kecilnya dan mengguris perasaannya disebabkan satu kejadian ini.

Baca juga: 10 Pelakon Lelaki K-drama Paling ‘Famous’, Pengikut Instagram Pun Berjuta!

MAKAN HATI DENGAN ADIK-BERADIK

makan hati

Gambar: SinarPlus

Menurut individu itu, dia merupakan anak sulung perempuan daripada 6 adik-beradik. Di bawahnya ada 3 perempuan dan 2 lelaki. Atas faktor bekerja dan keluar rumah lebih awal, dia kurang rapat dengan adik-beradiknya yang lain.

Pencerita memaklumkan, rumah ibu bapanya memiliki 4 bilik. Selain bilik ibu bapanya, satu bilik untuk dia dan dua lagi bilik untuk dikongsikan oleh adik-adiknya yang lain mengikut jantina mereka.

Dia juga memberikan duit belanja bulanan RM300 setiap seorang kepada adik-beradik dan ibu bapanya pula diberikan RM500 seorang.

Tetapi permintaan kecil, seperti minta tolong mengampaikan bajunya dan mengosongkan biliknya untuk dia tidur dengan selesa apabila pulang dari bekerja tidak pernah mereka turuti. 5 beradik tersebut hanya duduk bermain PS5 sahaja.

makan hati

Baca juga: Mulanya Wanita Ini Mungkin Mandul, Berkat Usahanya Kini Bahagia Anak 10!

Adik perempuan nak kahwin & nak bilik untuk tinggal bersama suami

Konflik mula tercetus, apabila adik perempuan keduanya yang baru sahaja habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ingin berkahwin dan peliknya disokong pula oleh ibu bapanya. Kemudian, biliknya yang ingin digunakan sebagai bilik pengantin turut diberikan izin selama sehari.

Namun, lain pula jadinya apabila adiknya itu menginginkan bilik itu didiami bersama suami dan telah menimbulkan rasa kurang rasa. Bahkan, ibu bapanya turut meminta dia untuk mengalah.

kecewa

Baca juga: Hidup Rasa Gelisah & Kerap Rasa Risau, Buatlah Solat Tahajud Banyak Kebaikannya

Kemuncaknya, pertelingkahan mula berlaku dan adik-beradik yang lain pula sokong adik kedua perempuan hingga mengeluarkan ayat yang mengguris perasaan, “siap cakap aku ini jarang balik, tak balik pun tak apa.” Dia tak sangka, adik-adiknya yang dijaga selama ini untuk hidup dengan baik bercakap sedemikian rupa padanya.

Lantas, dia ambil tindakan yang dirasakan perlu pada masa itu dengan mengambil semula semua duit berjumlah RM11 ribu, yang diberikan untuk majlis tersebut. Malah, gelang dan rantai yang dia hadiahkan turut diambil semula termasuk jam, beg dan kasut untuk hantaran.

kecewa

Baca juga: “Bayar Mahal Pergi Haji Untuk Hidup Susah” Tiada Beza Bayar 10 Atau 100 Ribu!

Bilik tersebut pula individu terbabit tidak lagi masuk, biarpun sudah kembali seperti dia masih ada. Malah, dia tidak lagi tidur di rumah itu dan balik rumah sekali sebulan untuk bagi duit sahaja.

Bagi pencerita, cukup dia berbakti pada kedua ibu bapanya sahaja. Adik-beradiknya yang sudah besar boleh fikir dan usaha sendiri demi kesenangan hidup masing-masing.

kecewa

Baca juga: Budaya Makan Manis ‘Topping’ Melimpah Makin Rancak, Dr. Ini Luah Risau!

Sumber: X – @meinmokhtar

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×