Dapur

Budaya Makan Manis ‘Topping’ Melimpah Makin Rancak, Dr. Ini Luah Risau!

2
SHARES
makanan manis

Seorang doktor tampil mengulas isu budaya makan manis yang dilihat semakin tidak terkawal. Akaun Tiktok @drirmaizzati meluahkan kegusarannya melihat trend di sosial media yang semakin rancak mempromosikan makanan manis yang tinggi gula.

Di mana, pelbagai jenis makanan manis mulai rancak dijual dengan topping melimpah-limpah. Malah, ada juga yang mahu tampil dengan topping paling banyak demi meraih pelanggan.

Baca juga: Tercucuk & Berdarah Sikit Masa Siang Udang, Nyawa Lelaki Ini Hampir Melayang!

MAKANAN MANIS

makanan manis

Gambar: Tiktok @drirmaizzati

Menurut Dr Irma semakin ramai golongan muda yang berumur 20 an mempunyai penyakit kronik yang datang menerima rawatan di kliniknya.

Terdapat pesakit yang baru berumur 20 tahun sudah disahkan menghidap diabetes dan ada juga yang diserang strok seawal umur 30 tahun. Bahkan, kadar kesuburan juga semakin berkurang di negara kita.

Baca juga: Status Kualiti TELUR Yang PECAH, Mudarat Tak Kalau Makan?

Dr Irma menasihatkan agar makanan yang kurang menyihatkan itu diambil secara bersederhana dan tidak berlebihan yang akhirnya akan memudaratkan kesihatan.

@drirmaizzatiRisau… Semakin muda dan muda yang membanjiri klinik sekarang ni dengan sakit2 kronik & obesiti….

♬ original sound – dr irma 🍉 – irma 🍉

Baca juga: Sudahlah Harum, 5 Khasiat BUAH BERANGAN Ini Jarang Orang Tahu!

Sumber: Tiktok @drirmaizzati

FT Image: suksao

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×