Sinonim dalam masyarakat dari Negeri Sembilan, menu salai menjadi pilihan utama. Kiranya, kalau nak makan menu salai yang betul sedap kena berkunjung ke Negeri Sembilan tapi bagaimana dengan orang yang tinggal jauh? Inilah masanya untuk anda ambil tahu cara salai daging atau ayam dengan sendiri.
Menariknya, teknik yang dikongsikan ini tidak memerlukan arang dan mengambil masa berjam-jam untuk siap kerana boleh guna bawang goreng segera sahaja. Jom kita cuba!
Baca juga: Akhirnya Jumpa ‘Rahsia’ Arwah Mak Masak Nasi Lemak Susah Basi & Sambal ‘Kick’, Sedapnya!
CARA SALAI DAGING ATAU AYAM GUNA BAWANG GORENG
Haritu ada ramai yang bertanya macam mana nak buat instant smoke atau salai. Banyak sebenarnya teknik teknik salai ini, macam yang ni saya biasa buat di dapur hotel dulu-dulu pakai bawang goreng paket untuk dapatkan instant rasa salai tu. Ada juga guna arang dan minyak untuk buat salai, tapi kali ini mudah sahaja!
1.Saya gunakan bawang goreng saja, sebab bawang goreng senang “burnt” dan senang keluarkan asap. Gunakan periuk atau kuali yang tebal supaya tidak terlalu cepat terbakar.
2.Gunakan jaring macam ini untuk lapik protein.
3.Ayam saya dah siap dimasak dalam 90% masak, ini untuk makan-makan di rumah saja. Mentah pun boleh tapi kena kawal api dan sentiasa jaga bawang goreng.
4.Bila buka api bawang goreng akan mula terbakar dan keluarkan asap, boleh tutup bekas. Kecilkan api sikit biar dalam 30 saat sebelum tutup api.
5.Bila api dah ditutup biar dalam 2-3 min untuk disalai. Kalau pakai daging mentah proses sama saja cuma biar lama sikit. Kalau dah tiada asap boleh tukar bawang goreng masukkan yang baru dan ulang proses.
6.Ini hasil bila dah siap. Boleh tengok warna ayam dah sedikit berubah, ada bau wangi salai serta ada rasa salai tu.
*Mudah juga nak salai daging atau ayam di rumah? Tak payah guna arang sampai terbatuk-batuk nak salai bahan, masih boleh lepaskan rasa teringin nak makan menu bersalai!
Baca juga: Cara Simpan Susu Tin Pekat Yang Dah Buka & Belum Buka Supaya Tak Cepat Rosak
Sumber: Haiqal Boestamam’s