Dapur

Ada 5 Cara Potong Bawang Putih Untuk Jadikan Masakan Lebih Sedap, Wangi!

19
SHARES
cara potong bawang

Penggunaan bawang putih dalam masakan dapat memberikan rasa yang lebih kuat, beraroma dan enak. Namun, terdapat cara potong bawang putih yang betul supaya masakan jadi lebih sedap dari biasa.

Jadi, kalau sebelum ini penggunaan bawang putih dalam masakan tidak begitu ‘kuat’ dan kurang menjadi, ini adalah kerana anda telah membuat potongan yang salah!

Baca juga: Cara Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!

CARA POTONG BAWANG PUTIH SUPAYA MASAKAN LEBIH SEDAP

Apa yang anda boleh lakukan adalah, kupas bawang putih dan letak di atas papan, kemudian boleh pilih potongan seperti ini:

1.Hirisan tengah

cara potong bawang

Sesuai untuk sup, rebusan dan masakan yang makan masa yang lama.

2.Hirisan tepi

cara potong bawang

Sesuai untuk masakan bertumis seperti goreng sayur dan nasi goreng.

3.Dicincang/dadu

Sesuai untuk masakan yang mementingkan presentation atau paras rupa dan sesuai juga untuk orang yang tidak suka kunyah bawang. Tapi diingatkan juga bahawa potongan cincang ini paling cepat hangus ya!

4.Diketuk hancur

Sesuai untuk masakan yang dimasak dalam oven atau microwave, stew dan perapan. Lebih mudah untuk diserap dalam isi protein.

5.Potongan separuh/bunga

cara potong bawang

Sesuai untuk mengeluarkan aroma yang wangi dalam setiap masakan. Selalunya untuk masakan yang dipanggang seperti steak dan chicken chop.

*Jadi, kalau nak bawang putih mempunyai rasa yang kuat, jangan tersalah teknik potong ya!

Baca juga: Cara Simpan Bunga Kantan Boleh Tahan Sampai 6 Bulan, Bila Masak Aroma Harum Tetap Sama!

Sumber: Selongkar10

Foto: America’s Test Kitchen 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×