Cantik

‘Tips & Tricks’ 7 Posing Ambil Gambar, Agar Hasilnya Diri Nampak Kurus!

10
SHARES
cara posing ambil gambar

Baik lelaki mahupun perempuan, pasti mendambakan hasil gambar yang diambil itu cantik dan menarik. Bakal lebih jatuh cinta, kalau hasil gambar tersebut membuatkan anda kelihatan kurus. Disebabkan itu, cara posing ambil gambar kena lah mahir, baru jadi!

Berikut merupakan 7 teknik posing untuk nampak kurus semasa bergambar!

Baca juga: Makin Teruk Kelemumur Bila Garu Kuat Tau, Boleh Pakai Syampu Saranan PHM Ini!

CARA POSING AMBIL GAMBAR

cara posing ambil gambar

Gambar: jcomp

1. Posisi muka

Cara posing ambil gambar agar kelihatan kurus adalah mengetahui posisi muka anda yang betul.

Setiap orang mempunyai sudut (angle) tersendiri yang menurut diri anda ia cantik. Jadi, kenal pasti posisi mana yang membuatkan anda terlihat manis dan menawan serta paling menyerlah.

2. Jangan tunduk

Seterusnya untuk kelihan kurus, cara posing ambil gambar jangan lah menunduk kepala. Pandangan anda fokus ke depan dan tegakkan leher agar double chin tidak kelihatan.

Kedudukan kamera juga perlu selari dengan paras mata agar muka nampak kurus.

Baca juga: Tak Perlu Gigit Kasut Baru, Ini 10 Helah Berhasil Elak Kaki Melecet!

Baca juga: 6 Tips Berenang Ketika Haid Wanita Perlu Patuh, Baru Air Tak Tercemar Darah!

3. Posisi tangan

Anda yang tidak inginkan lengan nampak besar, boleh letakkan ia di pinggang. Ingat, jangan luruskan tangan sebab akan membuatkan lengan anda seperti lemak berkumpul.

4. Silangkan kaki ke sisi

Silangkan kaki ke sisi, membuatkan diri anda kelihatan kurus dan tinggi. Kemudian, naikkan sedikit kaki agar pinggul nampak lebih jelas dan tangan memegang sisi pinggul.

Baca juga: Jenis SUNSCREEN Yang Sesuai Untuk Bermacam Masalah Kulit, Ini Pakar Cadangkan!

5. Jarakkan paha

cara posing ambil gambar

Gambar: BuzzKini

Ada orang cakap, rapatkan paha buatkan gambar macam penuh dan besar pada bahagian pinggul. Jadi, jarakkan sedikit paha dan berdiri tengah supaya lemak pinggul tak jelas kelihatan, selain akan timbulnya ilusi kurus.

6. Duduk mengiring

Duduk mengiring dan menegakkan badan anda dapat mengelakkan lemak jelas kelihatan di bahagian perut. Boleh juga tolak sedikit pinggul ke belakang supaya gambar nampak lebih menarik!

7. Duduk tegak

Posing dalam keadaan duduk tegak, buatkan anda nampak lebih kemas dan berkeyakinan. Tahan nafas semasa mengambil gambar supaya perut tidak kelihatan berlapis, baru hasilnya cantik!

Baca juga: 5 Petua Awet Muda Cara Islam, Wajah Tetap Cantik Meski Usia Meningkat!

Sumber: BuzzKini

FT Image: tirachardz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×