Rumah

7 Tips Menghilangkan Kotoran Degil Pada Pakaian Anda. Mudah Sangat!

4.3K
SHARES

“Ish, dah lama aku rendam pun masih tak tanggal lagi kesannya. Takkanlah nak tunggu semalaman. Macam mana cara menghilangkan kotoran pada baju ni dengan cepat dan berkesan?”

Pelbagai kotoran boleh melekat pada pakaian kita sehari-hari. Kalau lambat dicuci, memang sukar ditanggalkan dan menjadi kotoran degil.

Sebenarnya, setiap jenis kotoran mempunyai cara tersendiri yang boleh memudahkan proses menanggalkannya.

Foto Kredit: masimpress.com

Foto Kredit: masimpress.com

7 Cara Menghilangkan Kotoran Degil Pada Pakaian Anda

Ini cara menghilangkan kotoran pada baju dan pakaian yang amat praktikal untuk anda cuba.

1. Daki Leher

Tak kisahlah sama ada baju sekolah, baju kerja, atau baju suami. Kesan daki yang melekat pada kolar sememangnya menggelikan. Namun, ada rahsia yang sangat mudah untuk anda membersihkannya!

Caranya adalah dengan menggunakan syampu. Cuma tuangkan sedikit syampu (tak kisahlah jenama apa pun) dan gosokkan bahagian kolar baju anda dengan berhati-hati. Kemudian, bilas dan cuci baju seperti biasa. Kalau nak jimat, ambillah syampu-syampu percuma yang diberikan semasa anda berkunjung ke hotel. Walaupun kurang sesuai untuk rambut, tapi ia amat bagus untuk cucian!

Foto Kredit: kiwiservices.com

Foto Kredit: kiwiservices.com

2. Tompokan Darah

Seterusnya, wanita mungkin lebih cenderung dengan masalah ini terutamanya apabila sedang menghadapi tempoh haid. Sekiranya ada kesan yang melekat pada seluar, lakukan langkah ini.

Basahkan bahagian yang terkena darah dan taburkan dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan bahagian tersebut dan anda akan mendapati kesan darah akan mula tertanggal. Ulangi langkah ini beberapa kali dan seterusnya cuci pakaian anda seperti biasa menggunakan sabun pencuci.

kotoran-baju-darah

Foto Kredit: sleepsugar.com

3. Tumpahan Dakwat

Jika ada kesan dakwat, anda boleh menggunakan beberapa cara untuk menanggalkannya.

Pertama, ambil sedikit susu dan tuangkan ke atas kesan dakwat. Biarkan ia terendam seketika dan gunakan span untuk menggosoknya perlahan-lahan.

Cara kedua, anda boleh menggunakan ‘hairspray’ dengan menyemburkannya pada kesan tersebut. Biarkan beberapa ketika dan gosokkan dengan kain / tisu bersih. Ulangi proses ini hingga ia tertanggal sepenuh.

Foto Kredit: 17h43.com

Foto Kredit: 17h43.com

4. Kesan Deodoran

Cuka akan membantu melembutkan pakaian sekaligus bertindak sebagai agen penghilang kesan deodoran yang kekuningan dan sedikit keras. Celupkan berus gigi terpakai dalam larutan cuka putih dan gosokkan kesan deodoran pada bawah lengan pakaian.

Jika pakaian anda berwarna gelap, taburkan ‘baking soda’ pada kesan deodoran sebelum menggunakan cuka seperti langkah di atas.

Kemudian, bilas pakaian dalam air hangat atau panas, sesuai dengan suhu tertinggi yang masih sesuai untuk jenis fabrik pakaian anda.

Foto Kredit: persil.com

Foto Kredit: persil.com

5. Tanah / Lumpur

Jika anda menggosok lumpur semasa basah, ia mungkin akan menyebabkan kotoran semakin merebak. Maka, kesan tanah atau lumpur lebih mudah dibersihkan apabila ianya dibiarkan kering. Kemudian, tanggalkan sebanyak mana yang anda boleh ketika lumpur ini kering.

Cuci kesan selebihnya menggunakan sabun pencuci biasa dan bilas. Jika masih ada kesan kotoran, anda boleh cuba menggunakan sedikit cuka dalam cucian.

Jika terdapat kesan rumput, anda boleh membersihkannya menggunakan pes ubat gigi (bukan jenis gel) dan menggosoknya. Kemudian, bilas seperti biasa.

Foto Kredit: m.blog.naver.com

Foto Kredit: m.blog.naver.com

6. Minyak Hitam / Gris

Untuk menanggalkan kesan minyak hitam yang terlekat pada pakaian, mula-mula gunakan tisu untuk menyerap seberapa banyak kesan yang boleh.

Kemudian, taburkan sedikit tepung jagung atau bedak bayi di atas kesan tersebut. Biarkan seketika dan tanggalkannya semula (secara kering). Kemudian, titiskan beberapa titik sabun pencuci pinggan mangkuk ke atasnya dan beruskan hingga kesan minyak tanggal sepenuhnya.

Foto Kredit: lifecrust.com

Foto Kredit: lifecrust.com

7. Gula Getah

Kadang-kadang biasalah budak-budak suka makan gula getah dan buang merata-rata. Tahu-tahu dah terlekat pada baju / seluar. Jangan risau, ada cara menghilangkan kotoran ini dengan berkesan.

Mula-mula, cuba sejukkan pakaian tersebut sama ada dengan meletakkan ais pada kawasan tersebut atau meletakkan pakaian tersebut ke dalam ‘freezer’ menggunakan beg plastik bersih. Apabila gam telah mengeras, barulah anda boleh menanggalkan gula-gula getah dengan mudah. Ia tidak akan meninggalkan kesan pun!

cara menghilangkan kotoran

Foto Kredit: youtube.com

Tak Ada Masalah Lagi!

Mudah bukan cara menghilangkan kotoran pada baju kesayangan anda? Semuanya hanya menggunakan bahan yang ada di rumah.

Jadi, tak perlu risau lagi walaupun mengenakan baju putih sebab anda dah tahu rahsianya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×