Rumah

Ini Cara Cuci Mesin Basuh Anda Yang Dah Berkeladak

19.1K
SHARES
cara cuci mesin basuh

“Kenapalah bila basuh baju dah tak wangi macam dulu ya? Tapi baru guna tak sampai 5 tahun, mesti elok lagi. Rasanya nak kena cari cara cuci mesin basuh ni. Habuk-habuk, keladak semua melekat selama ni aku tak pernah ‘check’ pun.”

Tahukah anda, sebenarnya kita kena melakukan ‘maintenance’ atau cuci mesin basuh supaya ia dapat berfungsi dengan lebih baik buat masa yang lebih lama. Bagi pasangan yang ingin mencuci pakaian bayi, tentulah ciri kebersihan ini perlu dititikberatkan.

Di sini kami berbesar hati kerana Puan Julimasanum Ali sudi untuk berkongsikan cara cuci mesin basuh secara terperinci. Siap ada ‘step-by-step’ bergambar lagi, memang mudah buat rujukan. Mari kita ikuti caranya di bawah ini.

Cara Cuci Mesin Basuh: Langkah Demi Langkah

Menurut Puan Juli, selama ini beliau menggunakan fungsi ‘Tub Hygiene’ saja untuk cuci mesin basuh. Tetapi, ia tidak menunjukkan sebarang kesan yang memberangsangkan. Malah, mesin basuh masih berbau dan kadang-kadang terlekat habuk pada pakaian yang baru dicuci.

Setelah meneliti maklumat daripada internet, beliau pun memulakan misi untuk cuci mesin basuh ini secara ‘besar-besaran’. Hasilnya, memang memeranjatkan!

Berikut adalah cara cuci mesin basuh yang patut anda lakukan, langkah demi langkah:

1. Beli Sabun Pencuci ‘Tub Hygiene’

Mula-mula, kena beli ‘detergent’ utk Tub Hygiene. Puan Juli mendapatkan Wash Drum Cleaner (Power Max) ini di Farmasi Cosway. Harga RM15.90 (non-member). Kalau jenis dan jenama lain mungkin ada juga, bergantunglah pada citarasa anda.

Beginilah rupa Wash Drum Cleaner. 1 kotak ade 2 paket. Maknanya boleh digunakan untuk 2 kali cucian.

cara-bersihkan-mesin-basuh-1

2. Baca Arahan Pada Kotak

Penting untuk anda membaca arahan pada kotak sebelum memulakan cuci mesin basuh. Ini kerana, prosesnya memakan masa yang lama. Mungkin ia juga bergantung kepada tahap kekotoran mesin basuh anda. Jadi, anda perlu setkan masa dan rancang sebaiknya supaya proses ini dapat diselesaikan sehabis baik.

Menurut Puan Juli, beliau mengambil masa lebih 24 jam untuk memastikan mesin basuhnya betul-betul bersih.

3. Tuangkan Pencuci

Masukkan 1 paket Wash Drum Cleaner dalam mesin basuh (Mesti guna 1 paket ya, jangan kedekut nak guna setengah paket!).

4. Pilih Menu Cycle – WASH

Seterusnya, pilih menu cycle -WASH sahaja dengan air yang paling maksimum. Biarkan mesin beroperasi dan biarkan ia terendam sekurang-kurangnya 5 jam (mengikut arahan pada kotak).

Tapi, Puan Juli membiarkan selama semalaman. Esok pagi, barulah disambung lagi prosesnya.

cara-bersihkan-mesin-basuh-2

5. Keluarkan Kotoran & Buang Airnya (RINSE)

Setelah direndam, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya yang ‘menakutkan’ dan ‘menggelikan’! Segala kekotoran dalaman mesin basuh akan keluar.

Jadi, anda bolehlah mengutipnya dan buang sampah sarap yang terapung dan di dasar mesin basuh tersebut selepas proses membuang airnya atau ‘rinse’.

cara-bersihkan-mesin-basuh-3

6. Bersihkan Penapis

Jangan lupa, bersihkan juga penapis yang terdapat dalam mesin basuh anda.

cara-bersihkan-mesin-basuh-4

Inilah ‘hasil’ di dalam penapis tersebut.

cara-bersihkan-mesin-basuh-5

Ini pula hasilnya selepas dah dilap dengan tisu dan dibuang sampah-sampah yang tertinggal sebelum ‘next cycle’. Masa ni kene PAUSE mesin dulu ya.

cara-bersihkan-mesin-basuh-6

7. Ulangi Proses

Ulangi proses tadi hinggalah tiada lagi kotoran yang keluar. Kalau nak buat ‘full cycle’ pun boleh (wash, spin, dan rinse). Tapi, Puan Juli hanya mengulang proses wash dan rinse sahaja.

Puan Juli sendiri mengulangnya hingga lebih dari 5 kali. Memang agak lama prosesnya jika ianya tak pernah dicuci sejak bertahun-tahun.

cara-bersihkan-mesin-basuh-7

8. Siap!

Inilah hasil terakhir. Dah bersih macam ini, baru puas hati walaupun banyak pakai air. Selepas ini tiadalah lagi bau hapak atau ‘kepam’ pada baju yang dibasuh.

cara-bersihkan-mesin-basuh-8

Ini pula penapisnya yang dah dicuci. Licin!

cuci mesin basuh

Banyak Sampah Rupanya!

Tak sangka pula ada banyak sampah dalam mesin basuh. Ingatkan, bila cuci baju, mesin basuh pun akan sama dicuci sekali.

Bagi yang tak pernah buat, sekarang dah tahu. Jadi, marilah kita sama-sama cuci mesin basuh di rumah. Barulah hasil basuhan pakaian akan menjadi lebih wangi dan segar!

 

* Perkongsian asal oleh Puan Julimasanum Ali melalui laman Facebooknya ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×