Asuh

Ingat! Bila Anak Kecil Sakit Tekak Jangan Dibiar, Risau Dijangkiti Penyakit Ini

2
SHARES
cara melegakan sakit tekak

Terdapat 3 cara melegakan sakit tekak anak yang masih kecil seperti mengambil makanan yang sejuk. Selain itu, cara melegakan sakit tekak dengan berkumur air garam adalah tidak sesuai bagi anak kecil yang belum pandai berkumur.

Bahkan, tidak boleh dibiarkan sahaja apabila mereka ‘diserang’ sakit tekak. Hal ini kerana, menurut Dr. Redza Zainol, ia boleh menyebabkan si kecil dijangkiti penyakit tonsillitis iaitu radang pada tonsil.

Baca juga: TERAPI BERKUDA Beri 7 Impak Positif Pada Kanak-Kanak Istimewa!

CARA MELEGAKAN SAKIT TEKAK ANAK KECIL

cara melegakan sakit tekak

Gambar: Centers for Disease Control and Prevention

Antara tanda yang merisaukan bila anak dijangkiti penyakit tonsillitis ialah meleleh air liur yang berlebihan. Selalunya anak ini tak lalu nak makan atau minum. Badan jadi lemah dan demam pun tinggi.

Tonsillitis ialah radang pada tonsil yang terletak pada bahagian belakang tekak.

Air liur mereka meleleh sebab tekak mereka sakit sangat. Anak ini tak sanggup nak telan air liur sendiri sebab setiap kali menelan, sakitnya Allah saja yang tahu.

Akhirnya, anak perlu masuk ke wad dan diberi air garam melalui darah (Intravenous drip).

Baca juga: Ada 3 Cara Jadikan SIRAH NABI Sebagai Halwa Telinga Anak Kecil, Buat Macam Ini!

Baca juga: Kadar Murid Tahun 5 Di Malaysia Boleh Membaca Adalah 88% Bukan 58 – Pakar

3 CARA UNTUK MELEGAKAN SAKIT TEKAK ANAK KECIL

Sebenarnya, ada lagi cara lain untuk melegakan sakit tekak anak itu. Saya kongsikan.

1. Makan makanan yang sejuk

Makanan yang sejuk ini boleh buatkan tekak anak rasa lega dan kurang sakit. Di hospital, ada menu khas untuk kanak-kanak ni, dipanggil sebagai “ice cream diet”.

Contohnya, bubur dan ada aiskrim perisa vanila di dalam bekas. Mungkin dapat 1-2 kali sepanjang tinggal di wad.

2. Minum air teh suam bersama lemon

Ini pun boleh legakan rasa sakit pada tekak.

3. Guna Aloclair Plus spray

Boleh dibeli di farmasi dan bila disembur pada tekak anak, kuranglah rasa sakit tu.

Kumur air garam tidak sesuai untuk anak belum pandai berkumur

Tonsil yang bernanah macam dalam gambar ini, selalunya dah dijangkiti bakteria. Laju-laju bawa anak jumpa doktor untuk dapatkan rawatan okay.

Dan 3 cara ini sesuai untuk anak yang kecil. Tips lain seperti kumur air garam, tak sesuai untuk anak yang belum pandai berkumur.

Dalam masa 5-7 hari, selalunya tonsillitis ini akan beransur sembuh dan selera anak pun bertambah elok. Tolong saya kongsikan supaya lagi ramai ibu ayah yang tahu.

Baca juga: Ibu Ini Kongsi 6 Tips ‘Potty Training’ Seawal 2 Tahun, Bantu Anak Bebas Lampin Pakai Buang!

Sumber: X – @DrRedzaZainol

FT Image: Nurofen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×