Nur

Cara MANDI WAJIB Untuk Lebih 1 Hadas Besar, Perlu Gabung Niat Ke?

21
SHARES
cara mandi wajib

Berada dalam situasi lebih dari satu sebab berhadas besar seperti jimak dan haid, yang mewajibkan untuk mandi wajib pastinya membuatkan anda keliru tentang bacaan niatnya. Adakah cara mandi wajib tersebut perlu menggabungkan dua niat sekali?

Ikuti penjelasan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, melalui laman portal Maktabah Al-Bakri di bawah perihal situasi tersebut.

Baca juga: Hukum Guna Harta Pusaka Si Mati Sebelum Kiraan Faraid!

CARA MANDI WAJIB DUA HADAS BESAR

cara mandi wajib

Gambar: photo.1904

Secara umumnya, mandi wajib ialah mandi yang tidak sah ibadat tanpanya apabila terdapat sebab-sebab yang mewajibkan mandi. Antara sebab-sebabnya ialah janabah, haidh, bersalin dan mati. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/73).

Seterusnya, para ulama telah menetapkan bahawa syarat fardhu bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:

  • Niat
  • Menghilangkan najis jika sekiranya ada pada badan.
  • Meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan. (Lihat Matan Ghayah wa al-Taqrib, hlm. 21).

Baca juga: Duduk Di Antara Dua Sujud Terselit Doa Yang Tak Disangka, Ini Pengertiannya!

Kesimpulan

Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan cukup sekadar satu niat sahaja untuk mandi wajib tersebut bagi dua atau lebih sebab yang mewajibkan mandi bagi seseorang tersebut. Justeru, tidak perlu untuk dia berniat untuk mandi wajib bagi dua hadas seperti hadas jima’ dan keluar darah haid.

Syeikh Hasan al-Kaf menerangkan di dalam kitabnya ini dengan menyebut:

Persoalan: Jika sekiranya berkumpul dua atau lebih sebab yang menyebabkan wajib untuk mandi junub seperti jima’ dan keluar air mani contohnya, adakah memadai dengan satu niat sahaja.

Jawapan: Ya, memadai dengan satu niat sahaja bagi kedua-dua sebab tersebut. Sama juga bagi mandi sunat (iaitu memadai satu niat sahaja untuk dua mandi sunat). (Lihat al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah, hlm. 118)

Semoga Allah membantu anda dalam lebih memahami syariat Allah SWT dan moga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

Baca juga: Wanita Ini Bongkar 6 Jenis Penipuan (Scam) Di Tanah Suci, Jemaah Kena Hati-Hati Tau!

Sumber: Maktabah Al-Bakri

FT Image: valuavitaly

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×