Sihat

Tips Lawaskan Period Cara Tradisional Guna Air Kunyit, Perut Sedap Tak Berangin

38
SHARES
cara lawaskan period

Kitaran haid normal 28 hingga 35 hari. Tetapi sebenarnya ini tidak berlaku kepada semua wanita kerana ada yang mengalami haid tidak teratur.

Kadang-kadang sebulan sekali atau hanya datang bulan untuk dua hari sahaja. Selain menggunakan ubat, ada cara lawaskan period secara tradisional dan telah diamalkan sejak dahulu lagi. Petua orang-orang tua memang selalu menjadi. Betul tak?

Baca juga: Petua Tradisional Kurangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat, Kena Cuba!

CARA LAWASKAN PERIOD GUNA ASAM JAWA & KUNYIT

CARA LAWASKAN PERIOD

Bahan-bahan:

  • Kunyit hidup 1 inci
  • Halia 1 inci
  • Asam jawa 1 sudu makan
  • Garam secubit
  • Air suam 1 cawan

Cara penyediaan:

1. Tumbuk lumat kunyit, halia dan garam.

2. Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.

3. Tapis air kunyit asam ke dalam cawan tadi.

4. Sedia untuk diminum

Tak perlu rebus dan boleh amalkan sebulan sekali ketika hari kedua haid atau selepas datang bulan.

CARA LAWASKAN PERIOD

Antara khasiat air kunyit asam adalah:

  • Melancarkan darah haid atau nifas
  • Melawaskan pembuangan
  • Menaikkan seri wajah
  • Menyihatkan tubuh
  • Memberi tenaga

Dinasihatkan supaya tidak amalkan setiap hari. Cukup hanya sebulan sekali.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Lyndah Abraham

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×