Suami Isteri

3 Contoh Lafaz Ijab Kabul & Kalau Guna ‘Aku Reda’ Sahaja Sah Ke?

10
SHARES
cara lafaz akad nikah

Seringkali kita menghadiri majlis penikahan keluarga, rakan-rakan atau majlis akad nikah sendiri, momen yang paling mendebarkan bagi pengantin lelaki adalah lafaz akad nikah. Hal ini kerana cara lafaz akad nikah yang kurang jelas dan terputus boleh menjadikan perkahwinan tersebut tidak sah.

Terdapat beberapa contoh lafaz akad nikah yang boleh digunakan dan khususnya pengantin lelaki boleh berlatih dari awal. Tapi, kalau nak guna lafaz pendek sahaja, boleh ke?

Baca juga: 11 Asas Permohonan Kebenaran Nikah Anda Kena Tahu, Jangan Lambat Nanti Tak Boleh Kahwin

CONTOH CARA LAFAZ AKAD NIKAH

cara lafaz akad nikah

Lafaz akad nikah atau dikenali juga sebagai lafaz ijab kabul merupakan upacara paling penting bagi mengesahkan pernikahan. Akad nikah tidak akan terjadi jika tiada lafaz ini kerana ia tergolong dalam rukun nikah. Setiap rukun nikah perlu dipenuhi untuk menjadikan perkahwinan itu sah.

Namun, lafaz akad ini sah apabila dilakukan menepati syarat iaitu ada dua orang yang melakukan akad, terdiri dari calon suami dan wali pada pengantin perempuan itu. Tambahan lagi, semasa akad nikah itu perlu ada juga calon pengantin perempuan dan dua orang saksi lelaki.

Lafaz ijab merupakan perkataan yang dituturkan oleh wali perempuan kepada pengantin lelaki iaitu “aku menikahkan kamu dengan anakku..” manakala lafaz kabul pula adalah perkataan yang diungkapkan oleh pihak pengantin lelaki seperti “aku terima nikahnya”, “aku rela menikahinya” atau aku menikahinya” dan sebagainya. Berikut merupakan antara 3 contoh lafaz nikah:

Contoh 1

“Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku (Nama Penuh Pengantin Perempuan) dengan emas kahwinnya bernilai RM… tunai!

“Aku terima nikahnya (Nama Penuh Pengantin Perempuan) dengan emas kahwinnya berjumlah RM… tunai!

Contoh 2

“Aku kahwinkan dikau dengan anak perempuanku (Nama Penuh Pengantin Perempuan) dengan emas kahwinnya RM… tunai!

“Aku terima nikahnya (Nama Penuh Pengantin Perempuan) dengan emas kahwinnya RM… tunai!

Contoh 3

“Aku nikahkan kau dengan (Nama Penuh Pengantin Perempuan) yang berwakil walikan aku, dengan emas kahwinnya……..

“Aku terima nikahnya (Nama Penuh Pengantin Perempuan) dengan emas kahwinnya………..

Buat pengetahuan anda, untuk lafaz akad nikah, tidak disyaratkan satu nafas dalam menjawab lafaz akad nikah tersebut. Akan tetapi, disyaratkan lafaz ijab kabulnya berturutan atau tidak terputus.

KALAU LELAKI LAFAZ ‘AKU TERIMA’ ATAU ‘AKU REDA’ SAHAJA, SAH KE?

cara lafaz akad nikah

Ramai juga tertanya-tanya adakah sah sebuah perkahwinan ketika akad nikah, pengantin lelaki hanya menjawab “Aku terima” atau ‘Aku reda‘ sahaja tanpa menyebutkan perkataan nikah?

Dalam menjawab soalan di atas, para fuqaha menyatakan bahawa suatu pernikahan itu termeterai melalui lafaz ijab dan qabul dengan sighah madhi (kata masa lalu/sudah lepas). Hal ini seperti perkataan seorang wali kepada bakal suami (pengantin lelaki):

Mufti berpendapat bahawa ucapan balas/jawab pengantin lelaki, “Aku terima” atau “Aku redha,” sahaja sudah memadai dan mencukupi serta perkahwinan itu sudah dikira sah.

Ini adalah sebagaimana pendapat jumhur ulama serta satu pendapat dalam mazhab Syafi‘i. Hal ini kerana ia dapat difahami atau kembali semula kepada ucapan wali sebelumnya, maka jelas ucapan pengantin lelaki itu kembali/merujuk kepada pernikahan dan perkahwinan.

Walaupun begitu, mufti tidak menafikan bahawa jika pengantin lelaki mengucapkan, “Aku terima nikahnya” atau “Aku redha nikahnya” atau seumpamanya adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf, ini lebih ihtiyat dan sempurna. Walau bagaimanapun, dalam konteks negara kita, hal ehwal yang melibatkan perkahwinan penganut-penganut beragama Islam berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Baca juga: Pengantin Lelaki Sebut ‘Aku Terima’ Sahaja Semasa Akad Nikah, Sah Atau Tak?

Sumber: Maktabah Al-Bakri, PPSignature

Foto: Taqwa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×