Dapur

Rupanya Ini Rahsia Goreng Ikan Bilis Rangup & Tahan Lama, Baru Tahu!

416
SHARES
ikan bilis rangup

Biasanya bila goreng ikan bilis pasti sekejap sahaja rangup walaupun dah disimpan dalam bekas kedap udara. Mungkin anda boleh gunakan teknik menggoreng atau petua di bawah ini untuk dapatkan ikan bilis rangup dan tahan lama.

Paling penting sekali, jangan salah teknik! Kalau salah teknik memang ikan bilis akan lemau. Kan dah rugi tu…

Baca juga: Cara Simpan Kelapa Parut Tahan 3 Bulan, Ini Rahsianya

INI RAHSIA GORENG IKAN BILIS RANGUP & TAHAN LAMA

Meh sini nak share petua ikan bilis goreng kekal rangup. Saya dah cuba banyak petua. Ternyata petua ini paling berkesan untuk digunapakai.

1. Cuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Kiranya sejam sebelum masak tu, cuci la siap-siap ye. Ada yang tak cuci tau sebab takut ikan bilis jadi liat. Tak bagus gini. Seeloknya cuci dulu.

2. Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap je.

3. Renjiskan cuka ikut keperluan.

4. Gaul cuka dan ikan bilis bagi mesra. Saya gaul pakai tangan. Air tangan seorang isteri untuk suami gitu.

5. Panaskan minyak, biar betul-betul panas. Kemudian, goreng ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.

6. Dah garing, angkat dan toskan minyak.

ikan bilis rangup

Siap! Hasilnya memang ikan bilis tahan lama dan kekal rangup. Boleh goreng banyak-banyak dan simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Liza Idris

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×