Sihat

Cara Buat Air Rendaman Nak Hilangkan Bau Busuk & Gatal ‘Miss V’

14
SHARES
petua mommy

Seperti mana yang kita tahu, kebanyakan wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau faraj (vagina). Masalah seperti rasa gatal, keluar lendir dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami.

Anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan kepada orang yang pakar dalam hal ini bagi menangani masalah berkenaan. Seorang peniaga jamu, Puteri Kasim berkongsi cara membuat air rendaman untuk hilangkan bau busuk dan kegatalan pada vagina di TikTok.

Baca juga: Rupanya 5 Anggota Badan Manusia Ini Dicipta Ada Fungsi Self-Cleaning Sendiri, Tak Payah Korek!

MASALAH KEGATALAN DAN BAU BUSUK PADA VAGINA

Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.

Masalah jangkitan pada faraj sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

CARA MEMBUAT AIR RENDAMAN UNTUK HILANGKAN BAU BUSUK DAN KEGATALAN PADA VAGINA

 

cara hilangkan bau busuk miss v1. Sediakan air panas dan masukkan 2 uncang teh.

2. Masukkan secubit manjakani.

3. Masukkan juga 3 keping asam keping.

4. Dan yang terakhir, masukkan secubit garam. Gaul sehingga air menjadi suam.

5. Masukkan air dalam besen dan duduk dalam air itu.

Menurut Puteri Kasim juga, air rendaman ini sebaiknya di amalkan seminggu sekali untuk merasai perubahannya.

Jika masalah kegatalan semakin teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

Video penuh:

@puterikasim

Reply to @nabeelaaaa_ nahhh awakkkk 😘

♬ original sound – Puterikasim | Mommy PK – Puterikasim | Mommy PK

Sumber: TikTok Puterikasim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×