Famili

Panduan Untuk Beli Rumah Pertama, Sebelum Survey Buat Langkah No.1 Dulu!

25
SHARES
CARA BELI RUMAH

Bagi anda yang pertama kali ingin memiliki kediaman sendiri, kena baca artikel perkongsian di bawah mengenai cara beli rumah dengan mudah dan betul.

Hal ini penting untuk diambil berat agar dapat mengelakkan diri ditipu atau lain-lain hal yang tidak diingini. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Tips Pilih jenis Kabinet Dapur, No. 3 Itu Paling Kuat, Tahan Lama & Tak Mudah Melendut!

CARA BELI RUMAH YANG RAMAI BELUM TAHU

CARA BELI RUMAH

Beli rumah adalah satu proses yang mudah cuma mengambil sedikit masa bagi selesaikan urusan jual beli.

1. Semak kelayakan loan rumah

Perkara paling penting sebelum mula survey rumah untuk dibeli adalah buat semakan kelayakan loan dulu. Semakan kelayakan boleh dibuat dengan mengunjungi 23 buah bank di Malaysia atau melalui khidmat Perunding Hartanah (REN).

2. Sediakan modal deposit rumah

Modal deposit bagi pembelian rumah adalah 10% dari harga jualan rumah (SPA) dan modal 5% bagi urusan lawyer serta lain-lain. Jika beli dari pasaran undercon, kos 15% tersebut ditanggung oleh pemaju.

3. Cari rumah

Selepas dah tahu kelayakan loan, survey rumah yang sesuai dengan kelayakan dan kemampuan kita. Jangan bazirkan masa tengok rumah yang kita tak layak.

4. Isi borang booking

Bila dah jumpa rumah yang berkenan, boleh isi booking form dan buat bayaran booking. Biasanya untuk rumah subsale kena bayar booking fee 3.18% dari harga rumah. Untuk rumah undercon booking fee serendah RM500 sahaja.

5. Sediakan dokumen untuk loan

Bagi yang bekerja makan gaji, sediakan dokumen seperti kad pengenalan, slip gaji 3 bulan terkini, penyata bank, penyata EPF, penyata deposit tetap.

Bagi yang bekerja sendiri pula, dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan, SSM, penyata bank (sekurang-kurangnya 2 tahun), penyata cukai tahunan (Borang E) dan rekod CCRIS.

REN akan bantu uruskan permohonan loan rumah.

6. Tandatangan Letter Offer (LO)

Bila bank dah luluskan permohonan loan, anda perlu tandatangan LO sebagai tanda setuju terima loan rumah yang ditawarkan.

7. Tandatangan Sale & Purchase Agreement (SPA)

Selepas loan lulus, lawyer yang dilantik akan menyediakan SPA. Baca dan faham SPA sebelum sign. Jika beli rumah subsale kena bayar baki 7% deposit rumah sewaktu sign SPA.

Jika beli rumah undercon perlu bayar 10% deposit, kalau pemaju offer rebate 10% maknanya anda tak perlu bayar deposit.

8. Serahan kunci 

SPA yang ditandatangan akan di stamping. Bank akan mengagihkan 90% loan kepada lawyer/pemaju. Selepas pengagihan dibuat, serahan kunci akan dilakukan antara pembeli dan penjual/pemaju.

Selesailah proses jual beli rumah. Senang sahaja kan? Yang paling penting kena tahu kelayakan loan agar tidak membazir masa.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Bersihkan Penutup Lubang Bilik Air Yang Kotor, Sembur 1 Bahan Je!

Sumber: Facebook Mohamad Safri Sudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×