Bila tiba hari raya, duit raya lah yang paling ditunggu-tunggu. Dek kerana perubahan zaman, trend pemberian duit raya pun berubah-ubah. Jika dahulu, pemberian duit raya melalui sampul. Namun kini, macam mana pulak?
VIDEO
1. Pilih Sampul Raya
Sediakan beberapa keping sampul raya dengan amaun berbeza (RM1 – RM100) di dalamnya, dan biar pemain pilih sampul pilihan mereka. Jika bernasib baik, dapatlah amaun besar.
2. Genggam Duit Raya
Inilah masa nak guna duit syiling yang dikumpul banyak-banyak tu. Sediakan duit syiling dengan banyak, taburkan di permukaan yang rata dan biar pemain genggam berdasarkan cabutan undi. Cabutan boleh dibuat menggunakan aplikasi xxxxx
Cara lain, boleh letak duit syiling di dalam kotak dan ceduk menggunakan senduk.
Baca juga : 4 Resepi Minuman Paling Sedap Untuk Hari Raya, Confirm Tetamu Suka!
3. Sorok Duit Raya
Nak lagi mencabar, cuba buat game ala treasure hunt dengan menyorok sampul berisi duit raya di sekitar rumah. Pemain yang nak ganjaran duit raya boleh cari sampul di sekitar rumah.
4. Tarik Duit Raya
Isi duit raya berbeza amaun di dalam plastik lutsinar, ikat tali dan satukan. Biar pemain memilih & menarik benang. Benang yang ditarik bermaksud itulah duit rayanya.
5. Golek Duit Raya
Susun sampul duit raya secara memanjang dan di tempat yang rata, dan suruh pemain menggolek botol. Lokasi botol berhenti, disitu lah ganjaran duit raya!
Jangan lupa tengok tutorial video kalau nak cuba. Selamat Hari Raya semua!
Baca juga : Balik Kampung & Sewa Homestay Bukan Nak Larikan Diri, Tapi Aurat Kena Jaga!