Famili

Cara Bagi Duit Raya Online Guna Money Packet TnG, Orang Jauh Pun Boleh Dapat!

10
SHARES
MONEY PACKET

Zaman serba moden ini anda boleh memberi duit raya dengan pelbagai cara antaranya adalah menggunakan Money Packet Touch ‘n Go (TNG).

Pengguna boleh memberi duit raya atas talian secara rawak mengikut jumlah yang ditetapkan. Sekiranya anda ingin mencuba, ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Lelaki Ini Simpan Duit Raya Lebih Awal, Ini Caranya Dapatkan RM1234 Dengan Cepat

CARA BAGI DUIT RAYA ‘MONEY PACKET’ TNG EWALLET

MONEY PACKET

1. Buka aplikasi TNG eWallet.

2. Klik ‘Transfer’ dan pilih ‘Money Packet’.

3. Tekan ‘Create Money Packet’ dan masukkan jumlah penerima duit.

4. Masukkan jumlah yang ingin diberikan berserta ucapan anda.

5. Seterusnya, masukkan pin untuk pengesahan dan 6 digit OTP yang dihantar melalui SMS.

6. Setelah itu, kongsikan Money Packet di media sosial anda menggunakan kod QR yang diberikan.

Tempoh sah Money Packet ini adalah selama 24 jam. Sebarang baki yang tidak dituntut akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun anda.

CARA CLAIM DUIT RAYA ONLINE

Sekiranya anda ingin mencuba untuk menerima wang daripada pengguna di media sosial, ini caranya:

– Screenshot (tangkap layar) kod QR yang dikongsikan di media sosial.

– Buka aplikasi TNG eWallet dan tekan ‘Scan’

– Klik ‘Scan from gallery’ dan pilih gambar kod QR tadi.

– Duit yang diberikan tersebut secara automatik akan masuk ke dalam akaun eWallet anda.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: 5 Tempat Simpan Duit Raya Anak, Berbaloi Untuk Masa Depan!

Sumber: Touch ‘n Go

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×