Sihat

8 Jenis Buah Tinggi Gula Yang Pesakit Diabetes Kena Hadkan

60
SHARES

BUAH TINGGI GULA & PERLU DIHADKAN OLEH PENGHIDAP KENCING MANIS (DIABETES)

Buah-buahan merupakan antara sumber makanan yang terbaik sebagai sebahagian diet dan sebagai snek.

Ia mengandungi pelbagai nutrien penting seperti serat dan vitamin untuk kesihatan tubuh.

Namun, penghidap diabetes perlulah berhati-hati dalam mengambil buah-buahan kerana sesetengah jenis buah mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Menurut portal MyHealth, gula juga hadir dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa dan boleh menyebabkan paras gula meningkat jika pengambilan tidak dikawal.

Mari kita kenali beberapa jenis buah yang tidak sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.

8 Jenis Buah Tinggi Gula / Karbohidrat Yang Perlu Dihadkan Oleh Pesakit Diabetes / Kencing Manis

1. Rambutan

Bila tiba musim rambutan, memang banyak nampak buah ni dijual di sana sini kan?

Namun, ia tidak sesuai dimakan terlalu banyak oleh pesakit diabetes kerana kadar gulanya yang agak tinggi.

Ia kaya dengan gula seperti fruktosa dan sukrosa. Kita boleh tengok lagi manis rambutan tu, lagi banyaklah semut hitam yang menghurungnya.

Menurut Dr Abdul Rahim, maksimum 5 biji rambutan sahaja yang dibolehkan bagi penghidap kencing manis.

Sekadar nak melepaskan kempunan tu bolehlah, tapi jangan over ya!

Buah tinggi gula rambutan

2. Kismis

Kita sering jadikan buah kismis sebagai snek sihat, tetapi buah kismis bukanlah pilihan yang baik bagi penghidap kencing manis.

Menurut Mayo Clinic, pesakit diabetes perlu menghadkan pengambilan karbohidrat dalam buah sehingga 15 gram sahaja.

Apa yang mengejutkan, buah kismis mempunyai karbohidrat sehingga 115 gram!

Foto Kredit: organicfacts.net

3. Buah Tin

Padan dengan rasanya yang cukup manis, secawan buah tin mengandungi sehingga 29 gram gula!

Walaupun kita jarang jumpa buah tin segar di pasaran, buah tin kering yang sering dijual semestinya mengandungi kandungan gula yang lebih tinggi kerana telah diawet dengan gula.

Kredit Foto : tasteofhome.com

4. Buah Mangga

Buah mangga memang cukup popular dan mudah dicari kerana ia berbuah sepanjang tahun. Rasanya juga cukup menyegarkan dan sangat berjus.

Namun, pesakit diabetes perlulah hadkan makan buah mangga kerana ia boleh membuatkan paras gula meningkat dengan kadar gula sebanyak 45 gram dalam sebiji mangga.

5. Laici

Buah laici segar memang susah untuk dijumpai di pasaran.

Bagi pesakit diabetes, lebih baik elakkan makan buah laici lebih-lebih lagi buah laici dalam tin yang sudah direndam air gula.

Buah laici segar mengandungi sehingga 29 gula secawan. Kadar gula pastinya lebih tinggi bagi buah laici dalam tin.

buah tinggi gula

6. Buah Tembikai

Memang sukar untuk menolak buah tembikai lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Walaupun rasa tembikai sungguh menyegarkan, pesakit diabetes perlulah makan dalam kuantiti sedikit kerana sepotong tembikai mengandungi gula sehingga 17 gram.

Tembikai juga merupakan antara buah yang mempunyai nilai indeks glisemik yang tinggi iaitu sebanyak 72!

Kredit Foto : lilluna.com

7. Durian

Bila tiba saja musim durian, cukup ramai penjaja menjualnya di merata tempat. Rasanya yang lazat dan berkrim dan baunya yang cukup kuat dan menyelerakan boleh membuatkan sesiapa tidak boleh berhenti makan!

Bagi pesakit diabetes, beringatlah ketika makan durian dan jangan sampai makan terlalu banyak sehingga paras gula naik mendadak.

Cukuplah untuk makan sekadar 2 ke tiga ulas sahaja dalam satu masa. Seulas durian bukan sahaja kaya dengan karbohidrat, malah ia mengandungi sehingga 6 gram gula.

8. Pisang

Selain nanas, pisang juga merupakan buah yang cukup popular. Selain dimakan mentah, ia juga sering digunakan sebagai bahan dalam pencuci mulut dan lauk-pauk.

Namun, pesakit diabetes perlulah mengambil buah pisang dalam kadar sederhana kerana sebiji pisang mengandungi gula sehingga 14 gram.

Nilai GI buah pisang juga agak tinggi iaitu 58.

Bagi pesakit diabetes, paras gula perlulah dikawal dengan baik melalui pemakanan yang sihat.

Namun, kadar gula dan nilai glisemik yang berbeza dalam setiap buah-buahan menjadikan sesetengah buah tidak sesuai dimakan bagi pesakit diabetes.

Elakkan buah yang mengandungi gula dan nilai GI yang tinggi seperti pisang, tembikai dan nanas.

Contoh Buah Rendah Gula

Pilihlah buah yang rendah kandungan gula dan padat dengan nutrisi seperti buah beri antaranya strawberi dan beri biru.

Buah beri mengandungi pelbagai khasiat vitamin, serat dan merupakan sumber antioksida yang baik.

Selain itu, buah-buahan sitrus seperti buah oren dan lemon juga sesuai diamalkan bagi pesakit diabetes. Ia padat dengan kebaikan vitamin A, vitamin C dan kalium. Ia juga rendah kadar gula serta rendah GI.

Kredit Foto : unsplash.com

Dalam mendapatkan khasiat menyeluruh melalui pemakanan, pastikan kandungannya menepati keperluan tubuh. Buah-buahan sememangnya sumber makanan yang baik kerana mengandungi pelbagai vitamin dan mineral.

Namun pesakit diabetes masih perlu berjaga-jaga ketika makan buah kerana sesetengahnya mengandungi kadar gula yang tinggi berbanding lain.

Elakkan juga produk buah-buahan yang telah diproses seperti buah-buahan dalam tin dan buah-buahan kering kerana ia telah diproses dan mengandungi kadar gula yang tinggi.

Baca juga: Tanda Kekurangan Oksigen Dalam Badan & Petanda Senyap ‘Happy Hypoxia’

 

Sumber rujukan:

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×