Famili

Artis Berpakaian Kurang Sopan Di Kampus Barakah USIM, Dibantah Habis-Habisan!

6
SHARES
BERPAKAIAN KURANG SOPAN

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai artis Malaysia yang difahamkan berpakaian kurang sopan semasa mengadakan penggambaran.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi milik Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), dia meluahkan rasa kesal dengan tindakan artis tersebut.

Baca juga: Cikgu Boleh ‘Upload’ Gambar Atau Video Murid Di Media Sosial, Rata-Rata Ibu Bapa Setuju

BERPAKAIAN KURANG SOPAN, USIM BANTAH ARTIS LANGGAR ETIKA

BERPAKAIAN KURANG SOPAN

Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) menzahirkan rasa kesal terhadap insiden yang berlaku baru-baru ini melibatkan pihak produksi perfileman yang menjalankan penggambaran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pihaknya amat menghargai kepelbagaian dalam industri kreatif, namun perlu sentiasa menitikberatkan etika dan tatatertib yang harus dijaga sepanjang berada di kampus yang terkenal dengan gelaran Kampus Barakah.

Jelasnya, beberapa artis yang terlibat penggambaran tersebut berakaian kurang sopan dan tidak sesuai dengan norma serta nilai-nilai yang dipegang oleh USIM.

Perbuatan ini bukan sahaja telah mencemarkan imej universiti sebagai medan melahirkan golongan intelektual, malah ia juga seolah-olah tidak menghormati budaya dan etika yang sudah sekian lamanya diterapkan oleh seluruh warga universiti.

Susulan daripada kes itu, pihak USIM bertindak secara tegas dengan menghantar surat teguran kepada pihak produksi tersebut. Pihak mereka menjelaskan bahawa sebarang bentuk perlanggaran etika di dalam universiti tidak sepatutnya diambil mudah oleh mana-mana pihak termasuklah pihak produksi yang hanya melaksanakan penggambaran.

Pihak berautoriti di USIM juga digesa untuk sentiasa meneliti dengan lebih berhati-hati dalam memberi keizinan kepada mana-mana pihak luar yang ingin menjalankan sebarang aktiviti di dalam kampus.

Selain itu, diharapkan juga agar garis panduan dan prosedur yang lebih ketat disediakan bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang lagi.

*Diharapakan agar tiada lagi isu sebegini dan sentiasa menghormati nilai-nilai serta peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti kepada orang luar.

Baca juga: Isteri Makin ‘Tak Keruan’ Bila Suami Guna 7 Panggilan Manja Ini, Barulah Sweet Tersenyum-Senyum Bila Dipanggil…

Sumber: Facebook Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM (SPMM)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×