Menerusi laman Facebook rasmi milik Jabatan Meteorologi Malaysia, amaran angin kencang dan hujan lebat dikeluarkan bermula dari 13 hingga 18 September 2024 ini.
Penumpuan angin dijangka berlaku di utara Semenanjung dan barat Sabah. Dijangkakan ia akan berlaku dalam tempoh yang lebih panjang.
Baca juga: Lelaki Ini Bongkar ‘Rahsia’ Dapat 5 Angka Sebulan Guna Affiliate TikTok, Semudah ABC!
AMARAN ANGIN KENCANG & LAUT BERGELORA 13-18 SEPTEMBER
Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di utara Semenanjung dan barat Sabah dari 13 hingga 18 September 2024.
Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut serta angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara.
Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa pada 13 hingga 18 September 2024.
Sementara itu, di negeri-negeri lain, cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
*Kurangkan aktiviti di pantai, sungai dan air terjun bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Baca juga: Bercuti Secara Solo Tanpa Takut Di 9 Tempat Ini, Lelaki & Perempuan Boleh Pergi!