Famili

Ribut Petir & Hujan Lebat Di Utara Semenanjung Sehingga 12 September Ini

10
SHARES
AMARAN RIBUT PETIR

Berdasarkan Facebook rasmi milik Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri utara Semenanjung dikeluarkan.

Jelas Ketua Pengarah MET Malaysia, penumpuan di kawasan tersebut menyebabkan berlakunya ribut petir dan hujan lebat sehingga 12 September 2024 ini.

Baca juga: Tak Sangka Siri Kartun Animasi Ini Buat Sikap Anak Lebih Positif & Petah Bercakap

AMARAN RIBUT PETIR & HUJAN DIJANGKA DI BEBERAPA NEGERI

AMARAN RIBUT PETIR

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin yang berlaku di utara Semenanjung dijangka berterusan sehingga 12 September 2024,” ujarnya.

Antara kawasan utama akan mengalami ribut petir dan hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang adalah di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.

Di negeri-negeri lain, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi boleh berlaku pada sepanjang minggu ini.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang terutamanya di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini,” katanya.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Sentiasa jaga keselamatan diri dan kurangkan aktiviti berkaitan perkelahan terutama di kawasan air terjun. Hal ini untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Baca juga: Hidup Lebih Tenang Bila Selalu Amalkan Selawat Tafrijiyah, Belum Terlambat Nak Mula…

Sumber: Facebook MET Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×