Dapur

Masa Raya Pasti Banyak Makanan Bersantan, Tapi AWAS Jangan Berlebihan, Ini Sebabnya!

6
SHARES
makanan bersantan

Perkara paling dinantikan menjelang musim perayaan Aidilfitri adalah semestinya juadah raya. Tambah lagi hidangan seperti rendang dan gulai daging, paling sedap dimakan dengan ketupat! Tapi, korang sedar tak juadah yang sedap selalunya makanan bersantan?

Ini kerana tak sah raya tanpa makanan bersantan kerana itulah yang melengkapkan Aidilfitri kita. Namun, makanan bersantan ini mempunyai kandungan lemak yang cukup tinggi sehinggakan mampu menjejaskan kesihatan. Persoalannya, apakah bahaya makanan bersantan menjelang musim perayaan ini?

Baca juga: Senarai Jenis Makanan Untuk Elak Masalah Hati, Kena Amalkan!

BAHAYA AMBIL MAKANAN BERSANTAN BERLEBIHAN KETIKA MUSIM AIDILFITRI

1. Tingkatkan tekanan darah

makanan bersantan

Makan makanan santan yang berlebihan akan meningkatkan tekanan darah dalam tubuh badan anda. Untuk pengetahuan anda, kandungan kolesterol yang tinggi dalam makanan bersantan akan mengakibatkan hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Sifat arteri yang normal dan sihat adalah fleksibel, kuat dan elastis. Namun, sifat ini berubah apabila arteri mengalami penumpukan plak atau endapan kolesterol jahat kesan daripada makanan bersantan yang berlebihan.

2. Tingkatkan risiko penyakit jantung dan strok

Bahayanya makanan bersantan ini adalah ia meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Sebenarnya risiko penyakit jantung dan stok ini telah diketahui ramai cuma kebanyakan memilih untuk mengabaikannya.

Ini kerana setiap 300 ml santan mengandungi lemak yang mengandungi hampir 90 peratus daripada jumlah badan memerlukan sehari. Anda perlu mengetahui pengambilan makanan bersantan yang berlebihan boleh meningkatkan LDL atau kolesterol jahat dalam darah, sampaikan menaikkan risiko penyakit jantung dan strok.

Ini kerana lemak atau kolesterol jahat yang telah membuat timbunan plak dan menyumbat saluran darah.

3. Tingkatkan gas dan asam lambung (GERD)

makanan bersantan

Untuk pengetahuan anda, makanan bersantan juga berupaya meningkatkan gas dan asam lambung dalam tubuh. Pengambilan makanan bersantan yang berlebihan dapat meningkatkan  pengeluaran gas dan membuatkan perut anda terasa penuh, sampai menyebabkan ketidakselesaan.

Jika anda mengambil makanan bersantan dalam perut yang kosong, ia akan menyulitkan bahagian badan tersebut untuk mencerna makanan lain. Ini kemudiannya akan menyebabkan rasa tidak senang pada perut dan sekaligus meningkatkan peningkatan asam lambung secara tiba-tiba. Kondisi ini juga dipanggil sebagai gastrik.

4. Sembelit

Makanan bersantan juga mengakibatkan sembelit kepada badan anda. Ini kerana santan kaya dengan sumber serat yang tinggi di mana sesetengah orang akan mempunyai masalah pencernaan.

Kebiasaannya santan tanpa gula mengandungi 14 hingga 18 peratus pengambilan serat harian. Peningkatan mendadak ini boleh mengakibatkan cirit-birit atau perut penuh dengan gas jika badan tidak terbiasa menyerap serat yang terlalu banyak.

5. Cirit-birit

Makanan bersantan juga menyebabkan anda cirit-birit. Paras serat yang tinggi dalam santan kelapa dapat menyebabkan gas yang berlebihan dan seterusnya mencetuskan penekanan kepada saluran pembuangan.

Hal ini menjadikan proses pengentalan dan pengerasan najis menjadi sukar berlaku dan seterusnya menghasilkan rungutan dari anda berkenaan sakit perut dan cirit-birit.

6. Punca jerawat

makanan bersantan

Jika anda perasan timbulnya jerawat pada muka secara mendadak sebenarnya adalah disebabkan oleh santan. Pengambilan makanan bersantan yang berlebihan akan menyebabkan kulit berminyak menjadi lebih mudah sensitif.

Hal ini kerana lemak santan dapat meningkatkan paras minyak semula jadi di bawah kulit untuk tercemar dengan lemak tepu, sehingga menyumbatkan pori-pori, meningkatkan jumlah bintik hitam dan akhirnya mencetuskan jerawat.

7. Aterosklerosis atau penyempitan salur darah

Bahaya makanan bersantan yang terakhir adalah ia berupaya menyebabkan aterosklerosis atau penyempitan salur darah. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sumbatan dari plak. Plak tersebut mengandungi kolesterol dan endapan lemak jahat.

Ketika plak tersebut terbentuk, dinding arteri akan kehilangan keanjalannya yang mengurangkan aliran darah dan menyumbat oksigen ke otak dan sel badan yang lain. Penyakit jantung koroner yang sangat berbahaya akan muncul jika terdapat sumbatan dalam jumlah yang besar.

Jadi dah tahu kan bahayanya makanan bersantan ini jika diambil berlebihan? Nak makan hidangan raya boleh, cuma perlu dikawal pengambilan makanan bersantan demi kebaikan kesihatan anda sendiri. Ingat, raya setahun sekali tapi badan perlu kita pakai selamanya. Oleh itu, sentiasalah bersederhana menjelang Aidilfitri tahun ini.

Sumber: Merdeka.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×